Wednesday, February 17, 2010

Di sepanjang hidup Habib....


Assalamualaikum wbt sayangku Habib..

Apa khabar iman Habib hari ini, sayang?
Insyallah, umi dan ayah doakan moga anak soleh kami ini sentiasa bercahaya
 dengan nur iman yang bergemerlapan dihatimu, amin.

Alhamdulillah, diruangan umi kali ini, umi nak kongsikan tentang dunia permainan Habib yang semakin berkembang.
Syukur pada Tuhan, Ummi dan ayah dikurnia anak soleh sesoleh dan sebaik Habib,
insan yang amat bermakna dalam hidup kami dalam meniti bahtera rumahtangga dan baitul muslim acuan Rasulullah saw.


 
Habib sayang,
usia Habib kini sudahpun menjangkau hampir 5 bulan.
Dan Habib semakin mula mengimbangi development Habib sebagai insan yang bergelar manusia.
Maka umi dan ayah lah yang bertanggungjawab untuk mendidik imanmu seiring dengan acuan Nabi Muhammad saw,
agar dirimu terpelihara dan dipelihara dalmam nur iman dan islam sebaiknya, insyallah.

Habib sayang,
alhamdulillah, seiring dengan peningkatan tumbesaran Habib,
Habib semakin bijak dan pandai.
Kata ayah, Habib anak soleh, baik sangat.
Malah Habib seorang yang cerdik dan semakin bijak.
Kelebihan mu semakin terserlah bila meniti hari-hari ini bersama umi dan ayah.


 
 one month


Habib sayang,
Semasa Habib belum pandai meniarap,
Habib suka bermain dengan bebola dan gambar-gambar bear yang tergantung tu.
Pantang umi letakkan Habib, pantas je tangan dan kaki Habib untuk mencapainya.
Seronok melihat perkembangan Habib,
membesar dengan sihat dan menceriakan.

 

three months


Apabila badan mula seimbang dan Habib boleh meniarap dengan pantas di usia hampir 3 bulan,
Habib mula menunjukkan kelebihanmu dalam menerima respons umi dan ayah.
Pandai bergelak tawa, pandai merajuk dan bermesra.


 


Sehinggalah ke usia 4 bulan,
Habib pandai meniarap dan bergolek-golek di atas tilam.
Apabila diberi mainan, Habib pantas mencapai dan mahu memegangnya dengan tangan sendiri.
Biarpun hakikatnya Habib baru belajar, namun semangat habib untuk mencuba dan terus mencuba membuatkan kami umi dan ayah cukup kagum dengan kebolehan Habib.


 

Kini,
Habib sudah pandai untuk menikmati alam sekeliling. Namun habib bukan seperti anak-anak yang lain.
mungkin kalau orang lain,
baby sebaya Habib cenderung pada alat-alat permainan yang sesuai pada usianya.
Tapi tidak bagi Habib.
Habib lebih suka bermain keyboard komputer ayah, handphone ayah,
Suka bermain dengan plastik, memerhatikan langsir yang dibuai angin,
menggigit tangan umi dan ayah,mencapai pinggan nasi umi
 dan menonton tv.
Hairan umi, kerana kami jarang melihat tv dihadapan Habib.
malah ayah akan cepat-cepat menutup tv apabila ada artis yang menyanyi.
Malah Habib siap menegur tv, seolah-olah habib faham cerita tu.
Aduhai, sayang umi dan ayah..




Dan paling penting,
ramai yang mengatakan,
baby Habib seorang yang ramah dan mesra,
murah dengan senyuman, suka menegur orang dan bergelak tawa!

Alhamdulillah,
Habib banyak mewarisi sifat mulia ayah..

Anak umi memang soleh!
amin..


1 comments:

Dr. Zuhaira said...

Salam Ummu Habib,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

TQ

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner