Showing posts with label Kasih seorang Ayah. Show all posts
Showing posts with label Kasih seorang Ayah. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Kasih Seorang Ayah..

Assalamualaikum wbt, sayangku Muhammad Habib Tajuddin..

Apa khabar anak umi hari ini? Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnianya Yang Esa, kita masih diberi kesempatan untuk mengecapi sebesar2 nikmat agung yakni iman dan islam yang mulia di dunia yang serba fana ini.
Bagaimana pula iman anakanda umi hari ini? Semoga dirimu menjadi anak yang soleh, muslim sejati dan daie yang setia pada khaliq Yang Agung, insyaallah.




Alhamdulillah, sekian lama umi menantikan saat ini, mengupdate blog Habib benar2 menguji masa umi sebagai ibu. Ramai teman2 umi diluar sana yang meminta umi update blog Habib, sayangnya umi benar2 kekurangan masa untuk berada lama dihadapan komputer ini.

Maafkan umi pada Auntie Alia yang tak putus2 menanyakan umi, bila nak update blog?
Pada Uncle Hamdi jauh dibumi Jordan yang setia mengikuti perkembangan Habib, maafkan umi jua.
Buat Auntie Hidayah, umi benar2 memohon kemaafan.
Dan buat Auntie Farhani, terima kasih kerana tak putus2 mengunjungi blog Habib.


Habib lena di pangkuan ayah..

Habib sayang,
meniti hari bersamamu adalah saat indah yang amat ummi dan ayah hargai.
Punya anak soleh yang sangat baik, baby yang sangat comel dan permata hati yang sangat ceria,
sudah cukup melengkapi hidup kami sebagai suami isteri dalam melalui alam keluarga yang sangat bahagia.

Setiap kali ummi melakarkan kata2 di blog ini, 
hanya wajah Habib dan ayah yang umi bayangkan. 
Kerana kalian berdua adalah insan yan sangat bermakna dalam kehidupan umi.
Tiada satu pun yang dapat menggantikan kalian dalam hati umi..




Habib permata hati ummi dan ayah,
alhamdulillah, sekarang Habib sudah makin menunjukkan perkembangan yang baik
dan mengagumkan ummi dan ayah. 
Syukur pada Tuhan Yang Agung keana memberikan kesihatan yang baik untuk Habib, 
serta dikurnia kecergasan dan kecerdikan yang sangat mengujakan.
Gelak tawa Habib juga membuatkan hati kami sangat bahagia..

Habib sayang,
maafkan ummi kerana coretan umi kali ini tidak panjang seperti sebelum ini.
Ummi terpaksa berhenti disini dulu kerana umi perlu bersiap.
Tengahari nanti kita akan bertolak pulang ke Kelantan bersama Ayah Long, Mak Long,
Cik Ngah serta sepupu2 Habib kerana ada urusan penting yang perlu disegerakan.
 Sayangnya, ayah tidak dapat pulang bersama kerana sepanjang minggu ini,
ayah oncall dan tidak membolehkan ayah bercuti.
Jadi, umi dan Habib akan pulang dahulu.

Habib sayang,
doakan ayah semoga Allah kuatkan ayah untuk berjauhan
 dengan ummi dan Habib untuk beberapa hari ini.
Ummi tahu, inilah pertama kali Habib berjauhan dengan ayah.
Sabar ye sayang, kita pergi bukan lama.
Pulangnya kita demi insan yang tersayang jua.


Habib rapat dengan ayah..


Habib yang suka perhatikan wajah ayah..


Habib sedih, ayah akan pulang ke pejabat semula selepas balik lunch..


p/s: Dik Hamdi, nnti akk upload gambar rumah sewa baru. Maaf x sempat lagi.
       Sahabatku Alia, sorry ek lama x update. Harap2 Alia suka entry baru ni. hehe


..Salam sayang dari ummi dan ayah..




Thursday, February 4, 2010

Terima Kasih Ayah..


"Tabung Masa Depan Habib dan buku akaun simpanan Tabung Haji,
Muhammad Habib Tajuddin"

Assalamualaikum anak umi,Habib sayang..
Apa khabar iman Habib hari ini? Ummi doakan moga Habib sentiasa dirahmati Allah, meniti usia mudamu dengan nikmat teragung iman dan islam dengan penuh rasa kehambaan, menjadi insan soleh, muslim sejati yang kaya dengan sifat2 mulia. Amin. Sesungguhnya, umi dan ayah sentiasa mendoakan Habib, agar anak2 umi dan ayah akan menjadi anak2 soleh, seiring dengan didikan dari kekasih kita, Muhammad saw.iinsyaallah.

Alhamdulillah, diruangan umi kali ni, umi nak coretkan sesuatu tentang kesungguhan ayah Habib dalam memberikan kehidupan terbaik buat Habib didunia, agar besar nanti, kehidupanmu lebih terjamin. Insyaallah.
Teringat umi pada malam 2 blan yang lepas. Ayah Habib yang sedang asyik menonton tv, lantas bangun dan seperti mencari2 sesuatu. Pelik juga umi melihat ayah. Habib masa tu tenang je, tengah main2 dengan jari2 umi, rapat dalam pangkuan umi. Beberapa minit lepas tu, umi tengok ayah seperti mencatat sesuatu dikertas dan 'pap'! Ayah lekatkan kertas tu pada sebuah bekas. Wah! kreatif jugak ayah ni ye!

"Mulai esok, abang nak buat tabung masa depan untuk baby Habib. Memandangkan abang breakfast dan lunch kat rumah setiap hari, jadi wang breakfast dan lunch abang setiap hari tu, abang akan masukkan dalam tabung Habib. 
Cukup sebulan, abang akan pergi tabung haji, dan masukkan wang tu dalam bank.
InsyaAllah,besar nanti, banyaklah simpanan Habib. Mana tahu, wang tu nanti cukup untuk membawa Habib bersama kita kalau buat umrah atau haji nanti!"

Subhanallah! Terharu sangat umi masa tu. Tak sangka, dalam ayah sibuk2 bekerja, cari wang untuk sesuap nasi umi dan Habib, ayah tak lupa untuk menabung dalam tabung Habib. Paling syahdu bila ayah mahu Habib menunaikan rukun Islam ke lima itu bersama umi dan ayah. Subhanallah!

" Ya Allah Yang Maha Agung,
berkatilah kehidupan suamiku.
Murahkan rezekinya, panjangkan usianya.
Muliakan hatinya yang memuliakan hati ku dan hati zuriat kami dengan kemuliaanMu.
Kuatkanlah imannya, berikanlah kesihatan yang sejahtera untuknya.
Engkau terimalah amalan solehnya yang bangun bersujud padaMu di malam hari.
Walau dirinya kepenatan, namun dia tidak pernah lalai dalam mengingatkan diriku dan Habib ketika kami terleka.
Redhai kehidupannya, Tuhanku.
Kasihi dirinya dengan kesucian kasih sayangMu yang Agung.
Sesungguhnya, aku sebagai isterinya, amat menyayanginya sepenuh hatiku.
Tuhanku,
Satukan hati kami dengan hati-hati orang yang menyintaiMu agar kami sentiasa dalam kasih sayangMu.
Jadikanla Habib zuriat soleh agar dia menjadi da'ie yang sejati pada jalan agamaMu.
Amin"

Habib sayang,
terima kasih pada ayah mu kerana ayah telah bersusah payah untuk
memberikan kehidupan terbaik buatmu.
Nanti bila Habib semakin dewasa, 
jangan sesekali Habib lupa pada jasa ayah yang mulia sedari kamu kecil, sayang.

Ingat lagu ini,
Sayang-sayang Allah,
sayang-sayang Nabi.
Sayang-sayang Ayah,
sayang-sayang Ummi.

Anakku Habib, ummi dan ayah sentiasa menyayangimu..

Dan kini, setiap pagi, ayah tak lupa untuk mengisi tabung Habib. Kata ayah, dia semakin bersemangat untuk bekerja bila melihat tabung Habib setiap pagi. Alhamdulillah, wang Habib pun dah makin banyak. Insyaallah, nanti boleh lah kita menunaikan umrah sama-sama ye,sayang!

Terima Kasih, ayah!

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner