Wednesday, March 28, 2012

Subhanallah, setelah hampir 2tahun menyepi...

Assalamualaikumwbt....
SUbhanallah! Subhanallah! Subhanallah!!

Sudah hampir 2tahun menyepi....
salam sayang buat semua pembaca dan mujahid2 ummi...

Sungguh, kerinduan ini membangkitkan kembali naluri keibuan ummi
utk melakar rindu buat mujahid2 ummi.
Tanpa disangka, tanpa diduga,
rupanya dh hampir 2tahun blog mujahid ummi ini bersarang..

Lama sudah ummi meninggalkan dunia penulisan.
Demi menumpukan perhatian pada kehidupan yg baru.
Alhamdulillah,
coretan kali ini serba ringkas.
tapi cukup utk mengkhabarkan kehidupan kita hari ini..

Ya Tuhan,
rindunya hati ini pada diari rahsia ini...

Alhamdulillah,
2tahun menyepi.
Catatan akhir lalu ummi, msa tu ummi sdg alahan utk mujahid kedua.
dan kali ini, hal yg sama,
namun alahan utk mujahid yg ketiga...
Alhamdulillah!!

Sungguh, ummi speechless...
Tanpa kata krana betapa lama ummi menunggu saat utk mengapdet status terkini anak2 ummi.
Namun masa sgt2 terhad.
 Namun insyallah, umi takkan biarkan blog diari ummi ini
terkubur begitu sahaja.
Insyallah, pembaharuan juga akan berlaku.... hehehe...

Disini,
ummi sertakan gambar terbaru mujahi2 ummi buat tatapan semua dan tatapan mujahid ummi nanti..:)

Muhammad Hanif Muslim...DOB 19 Feb 2011


Muhammad Habib Tajuddin... skrg umur dh 2years and 6months...


Hanif dh 1years old...:)


Ok,
ini dulu ye.
masa dh lewat.
Nanti ummi update lagi ye sayang...
Salam sayang dr ummi...

Tuesday, July 6, 2010

Rindu kampung halaman..

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum wbt,

Mujahid islam yang suci..



Kaifa haluka ya bunayya?

Semoga khalifah kecil ummi dan ayah sentiasa sihat walafiat hendaknya,

Dgn nur iman dan islam yg mulia.

Amin.



Sayangku,

Sejak beberapa hari,

Ummi terlalu rindu untuk pulang ke kampung halaman.

Ummi rindu untuk merasai angin pagi disana.

Ummi rindu air yang sejuk, udara yang segar.

Ummi rindu pada semua..



Alahan yang semakin teruk saban hari menjadikan

badan ummi cepat lemah dan kepenatan.

Tidak bermaya dan muka seakan pucat.

Tak tahu lagi apa yg harus ummi lakukan.



Setiap pagi,

Usai solat subuh,

Ummi akan muntah-muntah dahulu.

Sehingga ummi tidak terdaya untuk menghantar ayah ke muka pintu sebelum ayah ke pejabat.

Mujurlah ayah sangat memahami situasi ummi.

Ayah juga pulang lebih awal dari biasa,

Semata-mata mahu menemani ummi dan menjaga Habib.



Ummi rindu untuk memasak,

Namun alahan ummi kali ini,

Sampaikan etrbau masakan sahaja,

Ummi sudah muntah.

Kasihan ayah, ayah yang selalu belikan lauk.



Setiap hari,

Ayah akan buatkan ummi air buah yg segar.

Kata ayah,

Untuk baby dalam perut,

Agar cukup zatnya.



Adakala ummi segan sangat dengan ayah,

Tapi ayah langsung tidak kisah.

Kata ayah,

Ayah memang suka buat semua tu.

Ummi tahu,

Ayah memang seorang yang suka membantu.

Itulah sifat ayah yang sangat ummi kagumi.



Setiap pagi juga,

Ummi akan pastikan agar ummi makan dan minum.

Kalau dulu, ummi tidak suka bersarapan, cukup hanya menemani ayah bersarapan.

Tapi baby kali ini mengajar ummi untuk bersarapan,

seawal 6.30 pagi pula tu.

Aduhai, rajinnya baby ummi ini..:)



Habib sayang,

Insyallah kalau diizin Allah,

Khamis ni kita pulang ke kampung.



Habib pasti suka bertemu

Tok Ma, Tok Ayah, Nenek, Cik Lah. Ayah Su dan Ayah Raf.

Setiap hari mereka menelefon ummi bertanyakan bila Habib nak pulang.

Sabar ye sayang..

Nanti kita jumpa mereka..



Sampai sini sahaja coretan ummi.

Ummi tak terdaya untuk mencoret sebanyak mungkin.

Ummi akan cuba untuk mengemaskini laman diari mujahid ummi ini,

Seandainya ummi terdaya, ye sayang..



Be A Good Boy, my dear..

We love you so much..



..Salam sayang dari ummi dan ayah..

Monday, July 5, 2010

Hati yang gelisah, alahan yang semakin menjadi-jadi..

Assalamualaikum wbt,

Wahai pejuang islam yg sangat bijak dan ceria..



Kaifa haluka ya bunayya?

Subhanallah,

Lama sudah ummi meninggalkan laman diari anakanda ummi kali ini.

Maafkan ummi sayang..



Habib sayang,

Sejak ummi mengandungkan little mujahid ini,

Alahan ummi juga semakin menjadi-jadi.

Paling kasihan pada ayah,

Kerana ayah juga alahan,

Muntah-muntah mengalahkan ummi.

Aduhai, kali ni ayah rasa pula.

Mungkinkah little mujahid ummi ini,

Adik habib ini adalah perempuan?

Seorang srikandi islam seperti Srikandi islam dahulu?

Insyallah, sayang..

Kita doakan sama-sama ye..


Anak perempuan umpama bidadari syurga..

 
Bagi ummi dan ayah,

Kami tak kisah andainya perempuan atau lelaki.

Asalkan sihat walafiat dan membesar dgn sempurna seperti abangnya..



Ramai yg kata pada ummi,

Kali ini baby perempuan.

Ummi dan ayah hanya mengucap syukur, sayang..

Segala yg tersirat adalah dari Allah..

Kan sayang??



Habib sayang,

Seiring dgn waktu,

Ummi mengandungkan little mujahid ini,

Habib pula semakin belajar mengenal dunia sekeliling.

Waktu tidurmu juga semakin berubah.

Habib lebih suka bermain dari tidur,

Lebih suka meneroka sesuatu dari duduk diam membisu.

Mulut Habib juga seolah-olah berbicara beribu bahasa,

Bertutur dalam bahasa yg sangat sukar untuk kami menafsirnya, sayang..



Namun kami tahu,

Habib sedang mempelajari sesuatu.

Sifat dan minat Habib pada sesuatu juga semakin berubah-ubah.

Malah mujahid ummi ayah ini sudah pandai

untuk mengajak kami bersembang dan bergurau senda.



Jika Habib sedang bermain,

Tetiba terdengar bunyi motor ayah pulang,

Habib pandai mencari arah bunyi,

Tanganmu pantas mengatur langkah secepat mungkin,

Merangkak ke pintu dan

Menyambut kepulangan ayah dgn ceria sekali.

Subhanallah!

Ayah mana yg tidak sabar untuk pulang?

Ayah mana yg tidak gembira, ya sayang?

Habib sangat rapat dgn ayah..

Buka sahaja pintu,

Habib sudah sedia dikaki ayah,

Merengek minta ayah dukungkan.

Kalau ummi nak ambil,

Cepat je tangan tu peluk ayah.

Macam tahu je ye..

Amboii..



Habib sayang,

Sekarang Habib juga sudah pandai lepaskan tangan apabila berdiri.

Agak lama juga, barulah habib duduk kembali.

Sekarang ummi tak risau kalau tinggalkan Habib bermain seorang diri di ruang tamu.

Habib sudah pandai membawa diri sendiri,

Malah sekarang sudah pandai untuk belajar seorang diri tanpa tunjuk ajar ummi ayah.



Alhamdulillah,

Anak ummi sangat cintakan ilmu.

Apabila terdengar ayah membaca Alquran,

Laju sungguh,

Merangkak ke riba ayah dan turut sama membaca dalam bahasa Habib sendiri.

Terkadang ayah terpaksa memberhentikan bacaannya seketika,

Apabila Habib meronta mahu memegang AlQuran juga.

Sabar ye sayang..



Habib sayang,

Dalam keadaan ummi yg mengalami alahan,

Muntah-muntah,

Tidak boleh terbau masakan,

Pening dan kurang sihat begini,

Ada sedikit kegelisahan dihati ummi.

Disaat ini,

Habib benar-benar memerlukan perhatian yg lebih.

Namun sayang,

Adakala ummi tidak terdaya melawan kepenatan itu.



Tok Ma ada menelefon,

Menyuruh ummi pulang dan membiarkan Habib dalam jagaaan mereka seketika,

Sedang jiran tetangga ada yg menawarkan diri untuk menjaga Habib.

Ummi bersyukur jika ada yg sudi menjagamu,

Biarpun jauh disudut hati,

Berjauhan dgnmu walau seketika adalah saat yg paling sukar ummi lalui.

Namun ummi harus akui,

Habib perlu membesar dgn perhatian yg sepenuhnya.



Namun sayang,

Bagaimana pula dgn ayah?

Seminggu lepas ummi suarakan pd ayah.

Tapi kata ayah,

Berjauhan dgn ummi dan Habib tidak sama sekali walau untuk seketika.

Ayah tidak mungkin dapat melaluinya..


mungkin ini yang terdetik dihati ayah..

 
Namun sayang,

Ummi buntu.

Apa yang perlu ummi lakukan untuk memberikan yg terbaik untuk dirimu dan ayah..



Kata ayah,

Kalau ummi dan Habib balik kampung,

Ayah pun nak ikut juga.

Seminggu pun ayah rela cuti.

Tapi ummi kasihankan ayah.

Ummi tahu kerja ayah sedang menanti dipejabat.

Tapi ummi tak boleh nafikan,

Ayah memang tidak kuat semangat untuk berjauhan dgn kita, sayang..



Bukan ummi nak pisahkan Habib dgn ayah,

Ummi juga serelanya mahu berada disisi ayah.

Namun ummi harus akui,

Kehendak dan keperluan adalah tidak sama..



Subhanallah,

Kuatkanlah daku untuk mengharungi dugaan ini..


Keluarga impian kami..


Habib sayang..

Sekian sahaja coretan dari ummi.

Doakan ummi ye sayang,

Moga Allah kuatkan ummi sepanjang tempoh mengandungkan adikmu ini,

Sepertimana ummi kuat ketika melahirkan mujahid sepertimu dahulu.

Dan semoga Allah kuatkan ayah juga,

Untuk menghadapi situasi seperti ini lagi..



Habib sayang,

Jangan nakal-nakal, naa..

Jadi anak yg soleh, naa…

Ummi ayah sayang sangat habib…


..Salam sayang dari ummi dan ayah..

Wednesday, June 23, 2010

Doa ummi buat khalifah kecil..

Doa agar anak dalam kandungan
sentiasa dipelihara Allah swt..




“Ya Allah,

Peliharalah anakku selama ia berada dalam perutku.

Sihatkanlah dia.

Engkaulah yang menyembuhkan,

Tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,

Penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit.

Ya Allah,

Rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku,

Dengan rupa yang baik,

Dan tetapkanlah dihatinya IMAN

Kepada Engkau dan Rasul-Mu.



Ya Allah,

Lahirkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,

Jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal.

Pandai, alim dan beramal.

Panjangkanlah umurnya,

Sihatkanlah tubuh badannya,

Baikkanlah akhlaknya,

Fasihkanlah lidahnya.

Baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat

Nabi Muhammad saw dan segala puji bagi Allah swt,

Tuhan semesta alam..”

Amin ya rabbal ‘alamin.



Istajibillah humma du’a ana…


Alhamdulillah, debaran itu ada jawapannya..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum wbt

Khalifah kecil ummi yg sangat dikasihi Allah swt..



Kaifa Haluka ya bunayya?

Alhamdulillah,

Semoga Allah memberkati perjalanan usiamu,

Seiring hembusan syahdu nur iman serta payung rahmat dari Yang Maha Esa..

Aminn.



Sayangku permata hati Habib Tajuddin,

Alhamdulillah, sayang.

Coretan ummi kali ini ada perkhabaran yg mesti ummi sampaikan.

Akhirnya debaran hati ummi terjawab juga.

Kesabaran ayah ada hikmahnya.

Dan kemanjaanmu ada maksubnya.



Habib yang ceria..

Habib sayang,

Tengahari itu,

Ummi ada bersembang dgn sahibah ummi yg sangat baik,

Kak Idah yg baru ummi kenal, tapi sudah seperti sahabat karib ummi,

Kak Farah yg juga sahabat maya ummi yg banyak berkongsi ilmu cloth diapers,

Serta sahibah teman sekolah ummi dahulu,

Puan Maryam..:)



Mereka menyarankan ummi untuk ke klinik,

Untuk buat urine test.

Terima kasih ye semua..



Hinggalah akhirnya..

Lewat petang semalam,

Ummi tetiba rasa seperti mahu ke klinik.

Mungkin terpanggil dengan saranan mereka..:)



Akhirnya,

Ummi sms ayah di pejabat.

Ayah menelefon ummi dan bersetuju ke klinik malam nanti.

Semestinya ayah sangat gembira kerana akhirnya ummi termakan pujuk ayah juga.

Alhamdulillah..



Sepanjang menunggu giliran di klinik,

Hanya Allah yg tahu debaran hati ummi.

Dalam hati tidak putus berdoa.

Agar apa yang diharapkan menjadi kenyataan.

Habib ceria sekali dalam dukungan ayah.

Sesekali merengek minta ummi belaikan.

Subhanallah,

Manjanya putera ummi ini..






Akhirnya giliran ummi tiba.

Debaran makin kencang.

Ayah setia dibelakang ummi.

Pada doctor ummi khabarkan,

Ummi mahu membuat urine test.

Alhamdulillah, ramah sekali ye sayang doctor itu.



Sepanjang menunggu keputusan,

Sekali lagi ummi diamuk resah tak menentu.

Debaran hati biar Allah yg tahu.

Kerana Dialah Yang Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat dihati setiap hambaNya.



Akhirnya,

Melangkah masuk ke bilik doctor,

Nyaring sekali ucapannya..

“Tahniah ye puan.

Puan hamil anak kedua..”






Subhanallah!

Maha Suci Allah..

Saat itu,

Mengalir jua airmata ibu.

Ada titisan cecair jernih di mata ayah.

Dan Habib ketika itu tetiba ketawa dgn riangnya..

Subhanallah,,

Bagaikan tahu pula apa yang sedang didengari mujahid kecil ummi ini..



Subhanallah, sayang..

Habib bakal dapat adik,

Dan Habib akan mendapat teman sepermainan nanti..

Alhamdulillah…

Debaran ummi ada jawapannya…



Syukur ke hadrat Ilahi,

Mengizinkan lagi untuk ummi dan ayah,

Merasai nikmat mempunyai zuriat yang ramai,

Soleh solehah sepertimu, sayang..



Sebaik sahaja memasuki kereta,

Pantas ayah memeluk ummi dan Habib.

Ada ciuman hangat singgah di pipi Ummi dan Habib.

Erat sekali pelukan itu.

Damai.

Takjub dgn kesyukuran yg tidak terhingga..



Ada kata-kata semangat dari ayah,

“Alhamdulillah, sayang..

Tahniah ye..

Allah meramaikan zuriat kita.

Insyallah,

Soleh seperti Habib..”



Sempat ummi membalasnya,

“Soleh seperti abang juga..”





Ya Tuhan,

Hanya Allah yg tahu apa yg tersirat dihati ummi saat itu.

Betapa terharunya bila dikurnia suami sehebat insan seperti Ayah dan Habib..



Subhanallah,

Ummi kehilangan kata-kata, sayang…

Betapa bahagianya diri ini…



Subhanallah...

Terima kasih Tuhan..



..Salam sayang dari ummi dan ayah..

Tuesday, June 22, 2010

Debaran hati ummi..

Bismillahirrahmaanirrahim..



Assalamualaikum wbt..

Kaifa haluka ya habibi bunayya?

Ummi dan ayah doakan semoga dirimu sentiasa sihat dan ceria selalu, sayang..



Alhamdulillah,

Demam habib sudah pun sembuh setelah hampir 3 hari anak umi demam.

Syukur rupanya demam mu membawa kepada petanda yg sangat baik.

Rupanya demam Habib semakin menguatkan anak umi ayah ini dan selepas demam,

Habib mampu untuk berdiri sendiri tanpa berpegang apa-apa.

Teruja sekali kami sebagai orang tua melihatkan mu mampu berdikari dengan sendiri,

Di awal usia yg terlalu muda.



Habib ingat tak pada Uncle Panjang?

Hehe.. ayah panggil ‘Panjang’ sebab uncle memang terlalu tinggi orangnya.

Uncle teman sekerja ayah.

Ummi pun lupa apa nama sebenarnya.

Cuma ayah selalu cerita tentang Uncle Panjang ni.

Habib ingat kan masa kita bertemu Uncle haritu?

Kata uncle, anak uncle yg sebulan lebih tua dari habib,

Lahir sebulan awal dari Habib,

Sekarang masih belum mampu untuk merangkak.

Namun anak umi ayah ini terlebih dulu melangkaui perkembangannya.

Alhamdulillah,

Kami sangat bersyukur, sayang..


Habib almost 6 months..



Habib sayang,

Coretan umi kali ini,

Sekadar ingin berkongsi luahan hati umi dengan putera kesayangan umi ayah ini.

Habib sudah pun memasuki sia hampir 9bulan.

Ramai di sekeliling umi bertanyakan,

bila anak umi ni nak dapat adik baru..?


almost a week...



Aduhai sayang..

Siapa tidak mahu punya zuriat yang ramai?
Siapa yang tidak mahu punya anak-anak soleh solehah sepertimu?
Siapa yang tidak mahu punya penawar hati anugerah ALlah dari syurga?

Bukan kami tidak mahu,

Tetapi kami sedang menunggu berita itu.

Setiap kali solat umi berdoa,

Agar Allah swt mengizinkan umi dan ayah dikurnia zuriat yg seramai mungkin.

Namun sayang,

Bukan rezekinya lagi.



Walaupun begitu,

Ummi akui,

Sudah hampir 2 bulan ummi berdebar..

Adakah benar kamu bakal mendapat adik, sayang?



Habib sayang,

Sahabat-sahabat disekeliling ummi semuanya menyarankan ummi untuk membuat pemeriksaan di klinik.

Tapi ummi memilih untuk berdiam diri dahulu.

Bukan ayah tidak teruja,

Malah ayah lebih gembira dari ummi.

Namun sayang,

Ummi sebenarnya da rasa sedikit takut.

Perasaan itu sangat mendebarkan ummi,

Andainya apa yang diharapkan tidak seperti yang diimpikan.

Biarlah ummi memilih untuk berdiam diri dahulu.

Sampai masa, insyallah..

Ummi akan bersedia untuk segalanya.



Habib sayang,

Melihatkan Cik Ngah Habib yang sarat mengandung,
Mama Nadia yang bakal mendapat achaya mata sulung penghujung tahun ini,

Hati ummi terkenangkan ketika Habib masih dalam kandungan ummi.

Subhanallah,

Sangat tenang rasanya hati ini apabila ada nadi yang berdenyut bersama dalam rahim ummi.

Setiap malam,

Ummi akan mendodoikan habib,

Zikir dan alunan ayat suci Al-Quran dijadikan muzik sekeliling ruang.

Ketika ummi terlalu penat,

Ummi akan pastikan,

Anak umi mendengar ayat suci itu.

Ummi akan letakkan telefon yang dibuka dengan ayat suci,

Dan meletakkannya diatas perut umi.

Subhanallah,

Teruja rasanya bila anak umi memberi respon yg sangat positif.


Anak solehku..

Ummi tahu,

Sikapmu yg suka mendengar ayat suci,

Khusyuk mendengar azan serta mengikuti bibir ayah yg sedang membaca AlQuran adalah bukti bahawa dirimu sejak didalam rahim umi lagi,

Memang suka mendengar AlQuran.

Alhamdulillah,

Tidak sia-sia ummi mendidikmu, sayang..



Hanya Allah yg tahu,

Betapa ummi rindu saat mengandungkanmu dahulu..

Sangat merindui..

Terlalu rindu..



Habib sayang,

Ummi tahu,

Ayah mula perasan kemurungan ummi.

“Maafkan sayang, abang..

Bukan sayang niat untuk membuatkan abang merasa gelisah dgn saya.

Namun saya masih memujuk hati,

Menguatkan hati ini,

Agar apa yg kita doakan bersama,

Dikabulkan Allah swt.

Abang selalu menghiburkan sayang.

Abang faham hati sayang.

Namun abang,

Berikan sayang waktu, agar ketakutan ini hilang dari hati ini..”



Habib sayang,

Dikala ayah ke tempat kerja,

Habiblah penghibur ummi.

Di ketika ummi sedang bersila,

Habib pasti merangkak,

Menapak tangan mendekati ummi.

Tangan kecilmu pasti mencari wajah ummi.

Dan dirimu berusaha untuk memeluk ummi,

Sambil bibir kecilmu yg sangat mulus,

Bergelak tawa dan mengukir indah senyuman ceria.



Terkadang ummi biarkan dirimu mendekati,

Tanpa membantumu untuk berdiri.

Namun dirimu tetap berusaha,

Agar dapat memeluk ummi walau seketika.

Adakala pula,

Wajah habib terbenam dalam pelukan ummi,

Dan mencium pipi ibumu.

Namun sayang,

Ketahuilah..

Betapa bahagianya ummi menjadi ibu kepada seorang anak yg sangat soleh,

Dan manja seperti mu..

Subhanallah…



Habib sayang,

Debaran ini sedikit terubat melihatkan wajahmu.

Debaran ini sedikit terhenti apabila melihatkan gelak tawamu.

Dan debaran ini semakin hilang apabila mengenang kembali

saat mengandungkan mujahid sejati sepertimu.

Oh Tuhan,

Betapa indahnya saat itu..

keluarga impianku..



“Ya Allah,

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Dengarlah rintihan hambaMu..

Debaran ini ada maksubnya.

Debaran ini sangat menguji iman ku sebagai ibu.

Tuhanku,

Khabarkanlah khabar gembira buatku.

Agar harapanku bersama suami,

Dikabulkan Mu dgn sepenuh rahmat..

Akan ku sujud penuh kesyukuran.

Andai apa yg dinanti itu,

Tiba jua..

Seperti mana aku pernah menantinya suatu masa dahulu..”

Amin Ya Rabbal Alamin..


 
..Salam sayang dari ummi dan ayah..

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa, Abang..

Bismillahirrahmaanirrahimm..

Assalamualaikum wbt

Mujahid sejati ummi dan ayah..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt krn mengizinkan ummi utk berada seketika dihadapan computer ini dan mencoret beberapa coretan utk permata hati kami..



Habib sayang,

Hari ini merupakan Hari Bapa.

Dikesempatan ini,

Mari sama-sama kita ucapkan kat ayah,

Tok Ayah dan Wan di kampung,

Selamat Hari Bapa..

Sesungguhnya kalian adalah ketua keluarga yang paling baik,

Dan terbaik dalam hidup kami.

Betapa kami sangat bahagia kerana punya bapa seperti kalian..



Happy Fathers Day utk semua..


Habib sayang,

Ummi teringin nak coretkan sesuatu tentang ayah disini,

Sebagai tanda penghargaan yg tidak terhingga.



Habib sayang,

Semasa ummi melahirkanmu,

Ayahlah yg setia disisi,

Menggenggam erat jari jemari ummi,

Membisikkan kata-kata semangat,

Agar ummi tabah dan kuat dalam melahirkanmu.



Masih ummi ingat kata-kata ayah,

“Sabar ye sayang,

Allah sentiasa bersama kita.

Allah sentiasa bersama sayang dan abang.

Abang takkan tinggalkan sayang dan baby..”



Ya!

Ucapan itu masih terngiang-ngiang di telinga ummi.

Ayah terlalu baik, sayang.

Sukar untuk ummi gambarkan,

Betapa ummi terlalu menyayangi ayah..

Ayah yg sangat manja.. hehe..

 


Habib sayang,

Ayah bukan sekuat yg disangka.

Ayah bukan sesempurna yg idgambarkan.

Ayah juga manusia, seperti kita.

Namun disaat kita lemah,

Ayah tetap tunjukkan kekuatannya dihadapan kita.

Ayah tahu,

Kita lemah bila ayah lemah.

Tapi kita kuat bila ayah kuat!



Di awal perkahwinan,

Banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa kami tempuhi demi mendidikmu.

Diawal perkahwinan,

Hidup kita bukan sesempurna seperti hari ini.

Namun ayah menjadikan hidup kita lebih bererti dari segalanya.

Ayah kuatkan kita dgn imannya.

Ayah kuatkan hati kita dgn pesanannya.

Ayah kuatkan jiwa kita dgn mengingatkan Allah kpd kita.

Ayah menyayangi kita, dgn kasih sayang yg tiada tara..



Habib sayang,

Ummi teringat bagaimana dulu ketika ummi melalui hari berpantang selepas melahirkan mu.

Seminggu pertama,

Ayahlah yg memandikan ummi,

Menyuapkan makanan ke mulut ummi.

Ayah biarkan ummi terlena,

Tangan kiri mendodoikan dirimu yg terlena,

Sedang tangan kanan mengusap lembuat rambut ummi.

Ya, ayah tidak lena.

Waktu tidur ayah sedikit sekali,

Namun ayah sangat kuat.

Ayah rela berjaga malam, demi melihatkan ummi dan Habib nyenyak disisi.



Berulangkali ummi menyuruh ayah tidur.

Bila mata ummi berdegil nak berjaga dgn ayah juga,

Ayah akan cepat-cepat tutup mata ummi dgn tangannya.

Ummi akan ketepikan,

Namun ayah tetap tidak berganjak.

Kata ayah,

“Sayang tidurlah.

Abang nak temankan sayang lelap.

Biar baby Habib abang jaga.

Nanti bila abang dah balik kerja,

Abang tak berpeluang lagi tengok Habib dan sayang..”



Subhanallah…

Terharunya hati ini, Habib sayang…



Begitulah penyayangnya ayahmu, sayang..

Ayah tidak sedikit pun mengabaikan kita.

Namun Ayah tetap mengasihi kita dengan sepenuh hatinya.



Ayah membiarkan kita hidup mewah dalam menikmati kebahagiaan.

Ayah menjadikan kita kaya dengan kasih sayang.

Ayah menanam benih cinta yg sangat suci dalam hati ummi dan Habib.

Dan ayah yg menyuburkan cinta itu dgn kasih yg tulus dan murni..

Subhanallah..



Habib sayang,

Tidak dapat ummi teruskan coretan ini.

Hati sebak, mata semakin berkaca-kaca.

Tak tergambar betapa ayah terlalu istimewa dihati ummi.



Habib sayang,

Kasihilah ayah sepenuh hati,

Cintai dirinya sepenuh jiwamu.

Dia mengasihimu sedari kecil.

Dia menjaga dan mendidikmu dgn kasih sayang yg tiada nilainya.

Sesungguhnya dia insan yg sgt mulia..



 


“Abang,

Selamat Hari Bapa.

Sesungguhnya abang terlalu penyayang.

Abang terlalu baik buat sayang.

Abang,

Sayang sangat mencintai abang..

Biar Allah yg tahu,

Betapa abang terlalu istimewa dihati sayang dan Habib.

Kamilah insan sgt bertuah kerana punya seorang ayah sepertimu..”.



..Salam sayang dari ummi dan Habib..
 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner