Saturday, April 24, 2010

Dia anakku yang soleh..

Assalamualaikum wbt,
ya habibi little khalifatullah..:)

Kaifa haluka ya bunayya?
Umi doakan moga Baby Habib umi dan ayah ini,
sentiasa sihat dan ceria selalu,
sejahtera menghadapi dan meniti usiamu yg semakin meningkat dewasa,
berbumbungkan keberkatan dari Allah Yang Maha Esa, amin.



Permata hati soleh umi dan ayah...

Alhamdulillah,
sekian lama menanti,
akhirnya siap jugak kopiah kait Habib yg
umi dan ayah tempah khas utk Habib soleh kami.

Sekalung jutaan terima kasih tak terhingga untuk Kak Rohani sebab berjaya siapkan kopiah Habib ni.
Cantik sangat2, akak!
Memang comel dgn Habib..hehe..
Seronok tengok dia pakai!

Subhanallah, 
masa kopiah tu sampai,
memang umi gembira sangat2.
Terus umi pakaikan kat kepala habib.
Dan..Subhanallah!!
Comelnyer....

Habib senyum dapat kopiah baru..:)

Alhamdulillah,
sekarang Habib dah ada 5 helai kopiah untuk Habib pakai
semasa keluar jalan-jalan dengan umi ayah.
2 helai kopiah bernama dan 3 helai lagi yg ayah kirim
dari sahabat ayah semasa dia pulang ke Indonesia baru2 ni.
Subhanallah, comel sangat anak umi ni bila pakai kopiah tau!
Kata ayah,
ayah nak ajar Habib pakai kopiah,
sukakan pakaian islam dari kecil sehingga besar.
Alhamdulillah,
memang sejak kecil umi sudah pakaikan Habib kopiah bila keluar dari rumah.

Kata ayah juga,
terkadang ayah malu sendiri apabila Habib kecil2 lagi sudah pakai kopiah.
Sejak ayah kahwin, ayah memang tak tinggal kopiahnya sampai ke mana2.
Alhamdulillah,
umi nak Habib pun macam ayah juga,
suka berkopiah walau ke mana sahaja.
Ye sayang? :)

Syukur juga pada Allah Taala,
sebab Habib memang suka pakai kopiah.
Asal umi sarungkan ke kepala Habib,
terus Habib senyum sampai nampak gusi tu ha.
Ahaks, memang comel!
hihi..


Habib berkopiah semasa usia 4bulan..:)
Kopiah hadiah dari sahabat ayah di Indonesia..

Sekarang ni,
kalau umi dan ayah bawa Habib ke pasaraya,
atau ke mana sahaja,
ada je orang yg berhenti, tegur dan sapa Habib.
Kata diorang,
Habib comel sangat sebab pakai kopiah.
hihi..

Terkadang tu,
umi dan ayah terpaksa layan orang yg entah dari mana tu, 
tunggu sampai dia puas main dgn Habib,
baru sambung pilih barang.
Sebab tu sekarang ni,
ayah yg dukung Habib sebab ada yg sampai cium-cium Habib,
even lelaki.
huhu..
Apalagi, seronok sungguh Habib. hehe..

Teringat masa gi Kuantan haritu,
shopping kat pasaraya.
Ada sorang lelaki cina tu tiba2 datang kat ayah yg tengah sorong stroller Habib,
siap suruh ayah tunggu jap, dia nak main dgn Habib.
Apalagi, dia gelak2 dgn Habib sampai dia kata baby habib ni klalau dapat jadi anak dia mmg best!
haha..
Menangis umi ayah nanti kalau org pinjam Habib tau!~ngeee..:)

Pastu lak,
masa singgah kat medan selera di Mydin Kuala Terengganu,
masa kitorang nak makan Nasi Kukus Paka yg jual kat situ,
kawan ayah yg jadi tauke kedai tu,
memng seronok jumpa Habib, main2 dgn Habib.
Yang umi gelaknya,
isteri dia siap mintak dgn umi,
suruh umi dan ayh tinggalkan Habib kat dia sementara umi ayah membeli belah.
haha..
Tapi masa tu kita kesuntukan masa.
Tak dapat la acik tu main dgn Habib lama2.
Ucap apa sayang?
"Maafkan Habib ye, acik.
nanti lain kali kami datang lagi ye.."


Habib terkejut masa umi snap gambar..hihi...

Oklah Habib sayang.
Sampai disini dulu.
Dah nak dekat waktu asar,
umi nak bersiap solat asar dulu.
Nanti ada masa umi coret lagi kisah Habib ye sayang?.. hehe

Semoga Habib menjadi Bayi yg soleh,
khalifatullah yg sangat mencintai pakaian dan sunnah Nabi saw,
tidak gentar menghadapi pihak musuh islam sekalipun dikecam dan
dikurnia hati yg cintakan jihad. amin..


 
My little khalifatullah yg comel..hehe



psst : lepas umi publish gambar Habib berkopiah kat facebook, ramai pulak yg tempah dgn umi untuk kopiah anak diorang.Wah, seronok lak umi ni! hehe.. Tak sangka, ramai yg kata Habib comel..hehe..amin.


Salam sayang dari umi an ayah untuk mujahid sejati kami..

0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner