Assalamualaikum wbt.
Kaifa Haluka ya habibi bunayya?
Ummi dan ayah sentiasa mendoakan, semoga mujahid sejati ummi ayah ini dikuatkan semangat dan hati, untuk mengaharungi kehidupan seharian, apatahlagi menikmati kehiduupanmu sbg daie dgn nikmat iman dan islam yg mulia, amin.
Subhanallah,
Maafkan umi, sayang.
Terlalu lama ummi meninggalkan diari little calips ini sehingga hampir ummi terlupa untuk mencoret kisah seharianmu.
Mujur teman-teman ummi sentiasa mengingatkan umi, agar tidak ketinggalan mengupdate perkembangan Habib dari semasa ke semasa.
Habib sayang,
Maafkan ummi.
Bukan ummi sengaja, namun ummi benar2 kesuntukan masa.
Ditambah pula, Allah izin permata hati ummi ayah ini demam selama beberapa hari, sebanyak beberapa kali, malah dalam tempoh hanya dua, tiga minggu sahaja.
Dari satu sudut,
Allah Taala mahu menguji umi dan ayah,
Menduga kami bagaimana menjaga dan mendidik khalifah kecil ini dgn erti ketabahan dan kekuatan,
Agar dirimu kelak lebih kuat, semangatmu lebih kental dan jiwamu lebih tabah menghadapi setiap dugaan dan cabaran, termasuk ujian Allah swt.
pic kabur kerana guna kamera komputer. sangat sedih..huhu
Syukur Alhamdulillah,
Mujahid ummi dan ayah ini benar sangat hebat,
Biarpun kamu diuji dengan kesakitan,
Namun kamu masih mampu tersenyum dan tertawa,
Membawa bahagia untuk ummi dan ayah,
Untuk kami kumpulkan sedikit semangat dalam menjagamu,
Dan ternyata,
Senyumanmu sahaja sudah cukup menjadikan kami sangat bahagia,
Semangat semakin kuat untuk menjagamu,
Mendidik kamu menjadi daie yg sejati..
Habib sayang,
Sejak akhir-akhir ini,
Ummi perasan yang berat badanmu semakin susut.
Biarpun doctor mengatakan beratmu masih dikategorikan sebagai sihat,
Kerana sesuai dengan usia dan pemakananmu yang masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya,
Namun jauh di sudut hati ummi,
Hati ini sangat sedih, sayang.
Bukan ummi tidak mensyukuri,
Namun hati ibu bukan seperti hati orang lain.
Ummi tahu,
Sekarang Habib dalam proses untuk belajar berdikari.
Seawal usia 8 bulan,
Habib sudah boleh berdiri dengan sendiri,
Duduk dengan sendiri dan meniti di kerusi,
Mengatur langkah ssambil mencapai apa-apa yang boleh dijadikan tempat bergantung.
Pantang Habib didudukkan,
Cekap sungguh anak ummi ini bangun sendiri.
Ramai yang kagum dengan Habib.
Disangka dirimu kecil, hanya mampu meniarap.
Namun apabila ditanya perkembangan mu,
Ternyata mereka memujimu.
Semangat dirimu yang kuat membuatkan Habib mampu mengatasi orang lain.
Mabruk, ya bunayya..
Habib sayang,
Sekarang ummi cuba menyediakan sudut khas Habib dirumah.
Sudut yang digunakan untuk bermain, sekaligus belajar untuk mencuba sesuatu yang baru.
Ummi cuba mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa untukmu.
Alhamdulillah,
Habib sangat suka.
Terkadang tanpa sedar,
Ummi dapat menangkap suara Habib sayup-sayup di ruang tamu,
Sedang menepuk-nepuk huruf Abc dan huruf jawi yang ummi tampalkan didinding rumah.
Ummi dapat merasakan,
Mulutmu yang riuh itu sedang membaca dan mengenali huruf2 itu.
Alhamdulillah..
Mujahid kami yang sejati,
Sudah 8 bulan,
Gigimu masih belum tumbuh.
Namun ummi tidak kisah.
Kerana dirimu membesar dgn baik sekali.
Malah, semenjak Habib mula mempelajari sesuatu,
Habib menunjukkan daya upaya yg sangat teruja.
Insyallah sayang.
Ummi dan ayah akan sentiasa mendoakan,
Semoga mujahid kami ini,
Diberi Allah semangat yg jitu,
Jiwa yg kuat,
Hati yang tenang dalam mengingati Allah,
serta iman yang kukuh untuk menjadi seorang daie yg sejati.
Amin.
Sekian dulu coretan ummi.
Masa sangat mencemburui.
Insyallah, nanti ummi update lagi ye sayang.
Syafakallah, ya bunayya.
Cepat baik, ye sayang.
Ummi rindu dirimu yang sihat..
Tabahkan hati ye..
Sesungguhnya,
Ummi dan ayah sangat menyayangimu..
Terlalu menyayangimu dan
Sentiasa menyayangimu..
Infiniti…
ummi ayah sayang kamu..
..Salam sayang dari ummi dan ayah..
0 comments:
Post a Comment