Thursday, February 4, 2010

Terima Kasih Ayah..


"Tabung Masa Depan Habib dan buku akaun simpanan Tabung Haji,
Muhammad Habib Tajuddin"

Assalamualaikum anak umi,Habib sayang..
Apa khabar iman Habib hari ini? Ummi doakan moga Habib sentiasa dirahmati Allah, meniti usia mudamu dengan nikmat teragung iman dan islam dengan penuh rasa kehambaan, menjadi insan soleh, muslim sejati yang kaya dengan sifat2 mulia. Amin. Sesungguhnya, umi dan ayah sentiasa mendoakan Habib, agar anak2 umi dan ayah akan menjadi anak2 soleh, seiring dengan didikan dari kekasih kita, Muhammad saw.iinsyaallah.

Alhamdulillah, diruangan umi kali ni, umi nak coretkan sesuatu tentang kesungguhan ayah Habib dalam memberikan kehidupan terbaik buat Habib didunia, agar besar nanti, kehidupanmu lebih terjamin. Insyaallah.
Teringat umi pada malam 2 blan yang lepas. Ayah Habib yang sedang asyik menonton tv, lantas bangun dan seperti mencari2 sesuatu. Pelik juga umi melihat ayah. Habib masa tu tenang je, tengah main2 dengan jari2 umi, rapat dalam pangkuan umi. Beberapa minit lepas tu, umi tengok ayah seperti mencatat sesuatu dikertas dan 'pap'! Ayah lekatkan kertas tu pada sebuah bekas. Wah! kreatif jugak ayah ni ye!

"Mulai esok, abang nak buat tabung masa depan untuk baby Habib. Memandangkan abang breakfast dan lunch kat rumah setiap hari, jadi wang breakfast dan lunch abang setiap hari tu, abang akan masukkan dalam tabung Habib. 
Cukup sebulan, abang akan pergi tabung haji, dan masukkan wang tu dalam bank.
InsyaAllah,besar nanti, banyaklah simpanan Habib. Mana tahu, wang tu nanti cukup untuk membawa Habib bersama kita kalau buat umrah atau haji nanti!"

Subhanallah! Terharu sangat umi masa tu. Tak sangka, dalam ayah sibuk2 bekerja, cari wang untuk sesuap nasi umi dan Habib, ayah tak lupa untuk menabung dalam tabung Habib. Paling syahdu bila ayah mahu Habib menunaikan rukun Islam ke lima itu bersama umi dan ayah. Subhanallah!

" Ya Allah Yang Maha Agung,
berkatilah kehidupan suamiku.
Murahkan rezekinya, panjangkan usianya.
Muliakan hatinya yang memuliakan hati ku dan hati zuriat kami dengan kemuliaanMu.
Kuatkanlah imannya, berikanlah kesihatan yang sejahtera untuknya.
Engkau terimalah amalan solehnya yang bangun bersujud padaMu di malam hari.
Walau dirinya kepenatan, namun dia tidak pernah lalai dalam mengingatkan diriku dan Habib ketika kami terleka.
Redhai kehidupannya, Tuhanku.
Kasihi dirinya dengan kesucian kasih sayangMu yang Agung.
Sesungguhnya, aku sebagai isterinya, amat menyayanginya sepenuh hatiku.
Tuhanku,
Satukan hati kami dengan hati-hati orang yang menyintaiMu agar kami sentiasa dalam kasih sayangMu.
Jadikanla Habib zuriat soleh agar dia menjadi da'ie yang sejati pada jalan agamaMu.
Amin"

Habib sayang,
terima kasih pada ayah mu kerana ayah telah bersusah payah untuk
memberikan kehidupan terbaik buatmu.
Nanti bila Habib semakin dewasa, 
jangan sesekali Habib lupa pada jasa ayah yang mulia sedari kamu kecil, sayang.

Ingat lagu ini,
Sayang-sayang Allah,
sayang-sayang Nabi.
Sayang-sayang Ayah,
sayang-sayang Ummi.

Anakku Habib, ummi dan ayah sentiasa menyayangimu..

Dan kini, setiap pagi, ayah tak lupa untuk mengisi tabung Habib. Kata ayah, dia semakin bersemangat untuk bekerja bila melihat tabung Habib setiap pagi. Alhamdulillah, wang Habib pun dah makin banyak. Insyaallah, nanti boleh lah kita menunaikan umrah sama-sama ye,sayang!

Terima Kasih, ayah!

0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner