..My sweet nephew, Kak Long dan adik zetty..
Hihihi.. tengok gambar ni, teringat plak kat anak2 perempuan abg sulung saya yg kiut2 ni. Mereka berdualah yg hanya anak sedara saya yg perempuan. 3 org nephew saya lagi sume hero, termasuk baby boy saya. hihi. Kak long yg sangat petah berbicara dan adik zetty yg lembut tetapi sangat digeruni kakaknya. hehehe.. Bila agaknya diorang nak dapat adik lelaki pulak ye?
ehem, soalan cepu cemas untuk Abg Jurij dan Kak Eila. hehehe..
Semasa menjalani tempoh berpantang di kampung, kebetulan kak eila juga pulang untuk satu tempoh yg agak lama demi menimba ilmu suri rumahtangga, belajar untuk menjahit baju. ALhamdulillah, syukur masa tu ada jugak teman kat rumah, takla bosan je 40hari dirumah. Terima kasih pada kak eila yg byk membantu menjaga saya dan baby habib. Tak sangka, habib memang cukup serasi dgn Mak Longnya. Kehadiran kak long dan adik zetty juga byk menceriakan saya dan habib. Maklumlah, masing2 memang suka main dgn habib, suka dukung habib. Bila time habib nk dimandikan, merekalah yg jadi pembantunya. hihi..
Teringat masa disaat saya menunggu detik kelahiran. Masa tu rumah penuh dgn suara2 famili saya yg lama tak bertemu, pulang berhari raya. Termasuklah hingar bingar suara anak2 sedara perempuan saya itu. Kalau kawan2 semua nak tahu, Kak Long memang seorang yg banyak mulut. Tapi yg saya kagum, kepetahan dia banyak membuatkan kita yg lebih dewasa ni kalah dgn dia. Dia seorang yg suka bertanya hingga ke akar umbi. Selalu persoalannya akan bermula dgn kenapa.
Pernah dia bertanyakan pada ummi nya,
"ummi, kenapa kakak tu pakai baju macam tu?"
"oh, sebab kakak tu tak cukup kain bajunya." jawab kak eila.
"kenapa tak cukup kain ummi?"
"sebab dia takde duit nak beli kain." jawab umminya lagi.
"kenapa dia takde duit, ummi?"
Aduhai, begitulah statement persoalan yg sempat saya ingat.huhu Memang susah kan bila dapat soalan gitu? Jenuh nak menjawabnya.
Hinggallah suatu hari, dia tiba2 datang pada saya, dan tangan kanannya memegang perut saya yg sememangnya lebih besar dari perut baba nya. hehehe.. (ops, sorry. just joking, my bro..kihkihkih). Nak dijadikan cerita, dia tiba2 tanya saya..
" Cik Yah, kenapa perut cik yah besar ni?"
" Dalam perut Cik Yah ada baby, kak long." jawab saya selamba.
" Ada baby? Kenapa Cik Yah telan baby? Kenapa Cik Yah tak keluarkan baby?
Nanti baby mati la,Cik Yah."
ALLAHU AKBAR!! Sungguh saya betul2 terkejut. Terlopong saya seketika. Apa la soalan budak ni. Memang menjerat aku. Masa tu, saya buntu nak jawab apa. Dalam fikiran saya, takkan la aku nak cite kat budak ni kejadian manusia kot? Sains? Aduh, dia takkan faham.
So, saya gelak je. Terkejut dgn soalannya, memang saya akui, dia memang bijak.
Sampai sekarang saya terfikir, apa agaknya jawapan sesuai yg boleh buat budak2 faham bila mereka tanya saya nanti..? Macamana pulak dg kalian? Ada jawapan ke? atau blurr macam saya jugak? huhuhu
0 comments:
Post a Comment