Saturday, January 9, 2010

Rahsia di sebalik sekeping nama..


Muhammad Habib Tajuddin..


Ramai yg bertanyakan pd saya, kenapa nama itu yg mencuri hati saya untuk diletakkan pada permata hati sulung saya. Hmm, pelik ke? itulah perkataan yg terpacul dr bibir saya. Mungkin ramai sahabat diluar sana yg tertanya2 rahsia di sebalik sebuah nama itu yg hanya saya dan suami sahaja yg mengetahuinya.


Alkisah terhasilnya nama itu apabila suatu hari, ketika usia kandungan saya menginjak ke trimester ketiga, iaitu 6 bulan, gembiranya hati bukan kepalang bila saya benar2 disahkan hamil bayi lelaki. Sejak 5 bulan lagi, saya dan suami teruja untuk membuat scan, samada bayi kami lelaki atau perempuan. Dan ternyata, memang benar. Setiap kali scan, doktor katakan saya hamil bayi lelaki. Mula tu saya ragu2 jugak. Tapi bila usia kandungan memasuki 9 bulan, hati saya mula yakin. Pernah kawan2 suami saya menyarankan untuk membuat scan 3D. tapi saya dan suami sayangnya tidak berkesempatan pula. Lagipun, kami tak kisah jantinanya, asalkan sihat walafiat. Itu sudah memadai bg kami.


Lantas sejak itu, saya dan suami mula mencari2 nama yg sesuai pada bayi comel kami. Suami saya awal2 memberitahu, dia nak saya yg namakan bayi kami. Asalkan kata suami, nama bayi mestilah ada suku kata 'Ad-din'. Saya pelik jugak kenapa. Tapi katanya, kalau bayi diletakkan nama Ad-din yg bermaksub agama, insyaallah anak kita akn mudah terdidik dgn agama islam yg suci. hmm...


Hinggalah suatu hari, ummi saya menelefon dan berceritakan perihal sepupu saya yg berjaya dlm hidupnya, menjadi Doktor Pakar Kecemasan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur, dan beristerikan seorang majistret mahkamah Kuala Lumpur. Kagum! Cukup kagum. itu yg saya khabarkan pd suami. Apabila suami bertanyakan namanya, lantas saya khabarkan, namanya Tajuddin bin Mohd Nor. Sejak itu, suami selalu katakan, dia suka nama Tajuddin. Kerana katanya, nama tu ada maksub yg cukup besar.


Suami pernah bercerita pada saya. Nama Tajuddin jarang2 didengari. Kebanyakannya nama dari kalangan orang yg berjaya. Hinggalah suami khabarkan pada saya, alangkah indahnya jika nama bayi kami nanti adalah Tajuddin. Sejak itu, kami simpan nama itu untuk anak kami yg bakal lahir nanti.

"Anakku, kau lah cahaya kami, sinar mentari yg sukar dicari ganti.."


Nama Habib? ha..inilah rahsianya. Seperti yg kalian tahu, love story kami bukan seperti kisah cinta yg lain. Bukan kisah Uda dan Dara, bukan pula kisah Romeo dan Juliet. Tapi ini kisah cinta yg bermula selepas perkahwinan. Kata suami, sebelum kahwin, kami tak sempat memadu kasih, menjadi sepasang kekasih seperti orang lain. Sebaliknya kisah cinta bermula setelah bergelar suami dan isteri. Dan kisah kasih kami semakin mekar dengan kehadiran permata hati yg mengukuhkan lagi tali cinta antara kami. Lantas kami abadikan kisah kasih kami yg bermula dari sebuah perkahwinan dalam memori sekeping nama anakanda tercinta yang pertama, sepakat untuk melambangkan kami juga sepasang kekasih, dan hanya dialah yg layak menjadi kekasih kami, iaitu anak2 kami. Dari situlah terhasilnya nama Habib kerana makna Habib cukup untuk menggambarkan kisah cinta kami, kasih, sayang, cinta dan rindu.


Dan kami juga sepakat, untuk mendidik permata hati qurratu a'yun kami menjadi insan soleh setulus kasih dari Baginda Rasulullah saw, memberi nama Muhammad agar kecintaannya pada Rasul semakin tebal dan menebal. Insan soleh yg kami harapkan, dapat menjadikan Alquran sebagai wadah dibibir, cahaya dihatinya yg dapat menjadikannya insan berguna dunia dan akhirat. Mengambil berkat dari sebuah nama Tajuddin juga, agar di akhirat kelak, 'mahkota agama' iu bukan hanya tersarung di atas ubun-ubunnya, sebaliknya hadiah berharga buat kami di syurga kelak.. amiin.


Muhammad Habib Tajuddin bukan hanya seorang anak untuk kami, tetapi dialah 'kekasih mahkota agama' yg dititipkan Rabb Izzati untuk kami corakkan menjadi insan soleh, khalifah kecil di bumi ini. Sungguh! Betapa istimewanya nama Habib dan dirinya disisi kami ummi dan ayah nya. Dialah permata kami, dialah segalanya bagi kami.


"Anakandaku Habib Tajuddin yg amat ummi dan ayah kasihi,

kehadiran Habib ke dunia bagaikan amanah teragung yg amat bermakna buat kami.

Habib sayang, Kasihilah kami sebagaimana ummi dan ayah mengasihi mu sejak dari kecil.

Tiada harta yg paling berharga buat kami didunia, melainkan memiliki anak soleh sepertimu.

Sesungguhnya, Habib adalah penawar hati ummi dan ayah, pengerat cinta kami.

Jadilah anak yg soleh, menyintai Allah dan Rasul,

menyayangi ummi dan ayah serta teman2 sekeliling mu.

Anakku, kami akan sentiasa mendoakan mu."

1 comments:

*f@ryh@* said...

huhu..nk tergelak je bace kisah name tajuddin tu..ummi habib tau x..abang saya pon name tajuddin bin mohd nor..mmg org name tajudin ni famous dikalangan korporat la

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner