Monday, January 4, 2010

Our love story..





Semua orang mungkin ada kisah percintaannya yg unik, manis dan menarik. Begitu juga saya sebelum bergelar seorang isteri. Tatkala minda mengimbau kenangan itu, pasti hanya senyuman yg terukir dibibir saya. 'Indah, syahdu dan mempersonakan.' Tiga perkataan inilah yg menggambarkan perasaan saya tentang cinta kami.


Tanggal 25 Oktober 2008 bersamaan 25 Syawal 1429h, hari Sabtu, saya memulakan langkah sebagai seorang isteri, selepas waktu isyak di kediaman rumah keluarga saya di Kampung Bukit Bidang, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Majlis kami cukup ringkas dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Alhamdulillah dgn sekali lafaz pernikahan yg mulia, saya sah bergelar isteri kepada suami tercinta, Mohamad Russaini.


Pernikahan kami terpaksa dipercepatkan memandangkan ibubapa saya akan mengerjakan haji pada 22 November 2008 sehingga 8 Januari 2009.
dan majlis kesyukuran perkahwinan kami pula diadakan pada 31 Januari di Kelantan dan 7 Februari di sebelah suami di Perlis.

Ramai sahabat di luar sana menelefon saya, bertanyakan tentang saya, bagaimana boleh tak der angin, tak der ribut, tiba2 hantar sms jemputan perkahwinan. Saya hanya mampu tersenyum, sesungguhnya semua itu ketentuan Tuhan. Semuanya diluar pengetahuan saya, di luar ketentuan saya sendiri. Namun, saya bersyukur dipertemukan dgn suami yg cukup soleh dan baik sangat2. Ramai tanya saya, bagaimana saya kenal dgn suami saya. Apa yg boleh saya katakan, jodoh pertemuan ditangan Tuhan.

Secara ringkasnya, sahabat baik saya yg kenalkan kami,pada Jun 08. Dan kami hanya berkawan dan kenal melalui mesej dan telefon. Tiada istilah percintaan lagi. Malah waktu itu juga, saya belum bersedia utk menerima sebuah hubungan yg serius memandangkan saya harus menumpukan perhatian pada pelajaran dan kerja sementara yg saya pohonmketika menuntut di kolej, demi menyara wang sewa rumah dan belanja seharian. Walaupun tidak dilayan, tapi apa yg saya kagumi, suami saya tetap berusaha untuk kenal dgn saya lebih rapat bila suami melihat gambar saya dan family dalam friendster.


Ketika cuti mid term examination seminggu di rumah,saya mendapat panggilan telefon pd tengahari itu. Suami menyatakan hasrat utk bertamu ke rumah. Terkejut bukan kepalang, saya lantas tidak mengizinkan. Tapi kuasa Tuhan Maha Agung. Rupanya dia sudah tiba dihadapan rumah. Waktu itu, ibu bapa saya cukup kagum dengannya kerana berani datang ke rumah seorang diri. Teringat pula ayah saya yg menyangka suami saya adalah teman sekolah saya di smkam. Tak sangka, begitu muda dia pada pandangan ayah saya. hihi


Walaupun ada kemudahan mms, pos, friendster, dan sebagainya, tapi jujurnya saya tak pernah melihat muka dan wajah suami macamana sebelum nie. Dan hari itulah pertama kali saya melihat wajah suami dihadapan mata.


Siapa sangka, kedatangannya pertama kali itu telah membuka hati ibubapa dan nenek saya sekeluarga. Perwatakannya yg lembut dan menghormati orang tua membuatkan hati mereka cukup tertarik padanya. Keramahannya dlm berbicara buat mereka kagum dengannya. Sejak hari tu,saya mula kenal siapakah dia yg sebenarnya.


Sejak itu, suami mula buat solat hajat, dan istikharah selepas pulang dari rumah saya. Alhamdulillah, sepanjang ramadhan kami sama2 buat solat hajat. Dan berkat petunjuk dari Yang Maha esa, hati nekad untuk memanjangkan hubungan kami. Lalu raya ketiga suami menelefon saya dan memberitahu untuk datang meminang pada esok hari. Terkejut bukan kepalang, keputusan diambil hanya utk satu malam. Kata suami, dia tidak mahu bertangguh lagi dan dia mahu hubungan kami mengikut lunas syariat yg betul.
Dari Perlis ke Kelantan, suami datang dgn rombongannya. Mulanya majlis merisik, tiba2 keluarga suami ingin kami diikatkan dgn tali pertunangan terus. Bagai mimpi cerita cinderella pun ada, saya terkejut bukan kepalang. lalu, 4 Oktober 2008 itulah, dgn persiapan yg serba ringkas dan sederhana, kami diikatkan dgn tali pertunangan. Dan saya hanya sempat bergelar tunangan orang selama 21 hari sahaja apabila kami sama2 mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh pertunangan memandangkan parent saya akan ke Mekah dlm masa terdekat.


Ramai yg tanya ana, bagaimana sifat suami yg menyebabkan saya tertarik padanya. Jujurnya, hatinya yg tulus memiliki saya sebagai permaisuri hatinya membuatkan saya tertarik padanya. Suami sangat penyayang dan suka tersenyum. Apatah lagi, suami kelakar orangnya. Saya bersyukur dikurniakan suami yg sangat memahami keadaan saya. Suami menerima saya seadanya sbg isteri.


Kehidupan sebagai isteri banyak mengajar saya hidup mencari keberkatan dan rahmat. walau berjauhan, saya tak lupa keredhaan seorang suami. Suami adalah segalanya bagi saya. Tanpa suami disisi, saya dapat merasai apa itu kesepian. Mana taknya, tak dinafikan berjauhan mengajar saya erti kesabaran dan apa itu rindu ketika masing2 di Kuala Lumpur dan Terengganu. Alhamdulillah, suami banyak memberi semangat. Cukup dgn senyuman dan gelak tawa, suami pandai menghiburkan hati saya. Malah hati saya cukup sayu apabila melihatkan kemesraan suami dgn keluarga. Sifat dan perwatakan beliaulah yg membuatkan saya tak pernah putus memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa, betapa saya bersyukur dikurnia suami soleh sepertinya.

Mendengarkan alunan azan di masjid apabila pulang ke kampung dan melihatkan sinar wajahnya ketika berdiri menjadi makmum solatnya serta mengaminkan tiap doanya cukup meruntun hati saya sebagai isteri.


Pada Allah Yang Maha Kuasa saya panjatkan, agar kasih dan sayang saya pada suami kekal sampai bila2 untuk kami mengharungi hidup ini ke tepian yg sejahtera.


Sesungguhnya, hanya dia insan yg amat saya cintai sepenuh hati.
Istajibillah humma du'a ana, Ya Rabbi. Amin.

0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner