Majlis kesyukuran berlangsung cukup meriah. Seminggu selepas itu, saya dan suami meluangkan masa, memilih Genting Highland dan Port Dickson sebagai destinasi bulan madu. Alhamdulillah, walaupun seketika, tapi banyak yg saya belajar mengenal dirinya.
Namun masa yg kami miliki agak terhad apabila suami terpaksa pulang bekerja dan kuliah saya sudah bermula. Pulang ke Kuala Lumpur, saya mula murung. Hati menjadi tidak tenang dan selera semakin berkurangan. Saya yakin, saya rindu pada suami. Lalu, suami menyarankan saya utk berjumpa doktor dan pulihkan semangat saya. Tapi saya masih berdegil. Sehinggalah suatu hari, dia menyuruh saya untuk buat pregnancy test. Mulanya saya menidakkan, lantas saya lakukan juga apabila teman serumah juga semakin bimbang melihat saya. Dan..
Subhanallah! Maha SUci Allah Yg Agung, benar saya hamil sebulan lebih. Ketika mengetahuinya, saya terduduk kesyukuran, bagai tidak percaya bakal jadi ibu.Lantas saya menelefon suami dan sayup suaranya memanjatkan kesyukuran pada Yang Esa. Sebak didada hanya Dia yg Tahu, lantas solat sujud syukur saya dirikan. Sejak itu, suami tidak putus menelefon saya, bertanyakan khabar saya dan anak yg dikandung.
Sejak itu, saya mengalami alahan yg teruk. Muntah, pening dan tidak bermaya. Masuk kuliah pun, terpaksa menyorok tepi pintu, senang keluar ke tandas apabila loya. Syukur pensyarah saya cukup memahami. Malah lecturer juga menyarankan saya untuk banyakkan berehat.
Pelbagai rintangan dilalui, pengalaman menarik yg sukar digambarkan. Mengidam mee tomyam pada pukul 2 pagi, alahan bau suami dan masakan, malah muntah teruk sehingga berdarah, dan tiga kali keluar masuk wad, mengajar saya menjadi insan yg tabah. Suami..ya. Suamilah pembakar semangat saya. Dia tetap setia disisi dan menjaga saya bagai bayi kecil yg memerlukan sepenuh perhatian.
6 bulan berlalu, barulah saya sihat dari alahan dan bayi pula semakin membesar dg baik. Hinggalah kandungan memasuki trimester ketiga, debaran saya makin terasa. Menghitung hari menunggu saat kelahiran benar2 menyeronokkan. Hati makin tidak sabar untuk menyambut cahaya mata yg pertama..
0 comments:
Post a Comment