Santapan rohani buat Habib..
Assalamualaikum wbt, anak umi yang tercinta..
Kaifa haluk ya bunayya? Ummi dan ayah doakan, moga Habib sihat2 selalu, amin.
Insyallah, moga lahirmu ke dunia sebagai mujahid sejati dan daie yg soleh, amin.
Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat juga ummi luangkan sedikit masa untuk mencatat kisah Habib untuk beberapa hari ini.
Setelah kepenatan, pulang dari cuti Raya Cina, ditambah dengan musibah yg menimpa, ummi dan ayah mu lebih tabah. Dan kami yakin, ada hikmah tiap kejadian. Semoga Allah tentukan kita dlm golongan orang yang sabar, amin.
Habib sayang,
Alhamdulillah, sekian lama umi dan ayah mencari, dapat juga kami temui santapan rohani untuk Habib. Semasa pulang dari Kuala Lumpur bulan lepas, kita bersama sempat jumpa dngan Ummi Hidayah di Darul Quran. Walaupun kita sesat sejauh-jauhnya, namun ayah tetap bersemangat untuk menemukan umi dengan sahabat sejati umi itu di Darul Quran.
Semasa umi dan ayah tiba, ternyata Ummi Dayah sedang menanti kita dengan riang sekali. Suasana angin tasik yg mendamaikan, angin yg menenangkan hati, seakan menyambut kedatangan kita ke bumi idaman umi dulu.
Alhamdulillah, Tuhan permudahkan kita menemui sahabat kesayangan umi itu.
Dan Habib, ceria sekali dengan teman-teman umi. Mereka siap bergambar, bermain-main dan bergurau dengan Habib. Suka sekali umi disana melihatkan Habib. Ayah pula sanggup menunggu berjam-jam lamanya didalam kereta, Terima kasih untuk ayah yg menemukan kita bersama. Semoga Allah merahmati ayah, amin.
Habib sayang,
sayang sekali umi tidak punya kamera untuk merakam gambar kita bersama waktu tu. Kalau tak, pastinya penuh ummi upload gambar tu disini. Namun tidak mengapa, umi akan sematkan dihati, bahawa suatu hari itu amat bermakna buat kita bersama teman umi itu.
Habib,
ucapkan terima kasih sayang,pada Ummi dayah kerana menghadiahkan Habib sebuah buku untuk Habib,
"Gentle Reminders for Little Khalifah."
Semangat sekali Umi Dayah belikan untuk Habib, malah penuh dengn kata-kata semasa umi membacakan untuk Habib. Sayangnya Ummi dayah pada Habib, ye sayang.
Habib, jangan lupa pada insan yg menyayangimu, sayang.
Doakan mereka agar sejahtera,
menyayangi mereka sepenuh jiwa,
menyintai mereka segenap rasa,
dan merindui mereka tiap masa.
Habib sayang,
hmm, 2 minggu lepas, ummi dan ayah ada belikan buku untuk Habib.
"Bimbingan Doa dan Zikir Harian untuk Anak Soleh."Alhamdulillah, setiap malam umi akan bacakan doa dan zikir ini untuk Habib, sebagai santapan rohani anak umi dan ayah.
Agar anak umi dan ayah, dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat, bekalan hari depan.
"Habib sayang,
tiada apa yang dapat umi dan ayah berikan padamu.
Bukan kemewahan, wang dan harta.
Apatahlagi hidup dengan bermegah-megah.
Namun permataku Habib.
Ummi dan Ayah hanya mampu memberikan
pendidikan sempurna, ilmu yg bermanfaat.
Agar kehadiranmu ke dunia menjadi anak soleh,
daie yang sejati dan muslim yang beriman.
Keranamu anak soleh, syurga menanti kami, sayang."
Sesungguhnya, hanya dirimu yang kami sayangi.
0 comments:
Post a Comment