Sunday, February 7, 2010

Habib with 'cd'..

 Habib lena with purple cloth diapers..


Assalamualaikum wbt, my lovely son..Habib Tajuddin.
Apa khabar iman Habib hari ini? Alhamdulillah, anak umi sihat walafiat nmpaknyer..
Malah makin berseri-seri hari ini umi tengok. Insyaallah, semoga serimu bercahaya menyinari seri para mukmin yang terunggul, amiin.


Habib sayang,
harini ummi nak cerita tentang sifat Habib yang baru. Habib sekarang dah makin cerdik kata ayah, sambil menyusu sambil membebel. Umi dan ayah tak faham apa yang Habib bebelkan. setiapkali bebel jugak, ayah suka tegur Habib, apa yang Habib bebelkan. Masa tu, bila dengar suara ayah je, tengah menyusu pun terus berpaling cari suara ayah. hihi.. Habib dah kenal suara ayah, kan? Dah tu, siap senyum2, gelak2 bila tengok ayah. Amboi, sayang umi nii.. comelnye!


Semalam jugak, masa berhenti solat kat Petronas, masa on the way balik rumah, ummi tinggalkan Habib dengan ayah dalam kereta. Terpaksa bergilir-gilir solat untuk jaga Habib. Lepas siap solat tu, umi masuk dalam keta. Kata ayah, masa umi keluar tu, muka Habib sedih je. Walhal Habib tidur. Ayah tanya umi, Habib ada instinct bila umi takde dekat dengan Habib. Ye ke sayang? Wah, terujanyer umii..huhu


Habib, sekarang ni kan, tengah heboh kat blog, promote 'cd' yg terbaik untuk baby. hehe..
'CD' tu ialah Cloth diapers la sayang..huhu
Hari tu, pernah ayah bagitahu umi, biar Habib pakai lampin je untuk bagi kulit Habib sihat dan baik untuk dalaman Habib kata ayah. Umi terfikir jugak, macamana la nak ikut cakap ayah. Sedangkan pakai lampin pun, kene pakai getah tu. Umi takut Habib tak selesa pulak. Terus umi godel-godek dalam internet ni, cari lampin untuk Habib. Masa tu, umi tak tahu pun pasal 'cd' ni.


Tup..tup.. Umi terkejut rupanya ramai betul orang minat cd ni sekarang. Siap buat jualan besar-besaran kat internet. Ada contestla, macam-macam. Teruja umi masa tu tau. Cepat-cepat umi bagitahu ayah, umi nak pakaikan Habib lampin 'cd' tu. Apalagi, bukan main suka ayah. Terus malam tu, umi dan ayah searching kat internet untuk dapatkan 'cd' yang terbaik untuk Habib.


Habib sayang,
mula tu, umi hampir putus asa jugak bila semua 'cd' yang dijual kat internet mahal sangat,
dari rm 30 lebih sehingga hampir mencecah rm50 pun ada. Masa tu, umi dah surrender. Tapi ayah tetap pujuk umi, usaha cari yang lebih murah dengan kualiti yang sama. Dan akhirnya, alhamdulillah. Berkat kesabaran ayah dan umi sampai pukul 3 pagi men'searching' kat intenet ni, kami jumpa jugak 'cd' yang murah dengan harga yang paling murah dan jenama yang sama dengan jenama 'cd' yang berharga mahal tu. Subhanallah!


Tak sangka, Allah bantu umi dan ayah demi memberikan yang terbaik buat mujahid kesayangan umi ayah ni. Dan siapa sangka, harga yang ayah beli itu tak sampai pun RM 135 untuk 5 cd jenama Babyland + 2 insert, termasuk wang penghantaran! Sedangkan dalam blog-blog 'cd' yang umi tengok, ada yang hanya 2 cd je dah cecah RM 80 keatas. Murah kan sayang? Pandai pun ayah carikan untuk Habib.


Sejak tu, ayah terus order 5 cd untuk Habib try dulu. Dan alhamdulillah, Habib selesa dengan 'pampers' baru Habib tu. Disebabkan cd tu hanya ada 5, jadi umi terpaksa basuh terus setiap kali Habib pakai atau poo poo. huhu.. Bukan apa, takut tak sempat nak pakai lagi kalau tak kering. 3 hari tempoh percubaan memang memuaskan. Malah umi jadi semangat untuk pakaikan Habib 'cd' tu, seterang semangat warna 'cd' tu sendiri. kihkihkih..


Tapi memandangkan pampers Drypers Habib bersaiz s tu masih banyak, jadi umi terpaksa pakaikan Habib pampers tu dulu sampai habis. Then, tak sangka, badan Habib pulak makin berisi, malah saiz s dah tak muat lagi. Bermula kelmarin, ayah belikan Habib Drypers saiz m sebab terpaksa travel jauh ke Kuantan. Jadi, kata ayah, Habib pakai pampers untuk travel je. Tapi kat rumah, Habib pakai 'cd' tu.


Dan terima kasih untuk ayah sebab dah bermurah hati untuk belikan Habib lagi 5 cd sebagai tambahan pada cd Habib ni. Macam-macam colour ada. Ada warna purple, yellow, white, pink, orange, red, green, blue. Malah ada satu yang gambar spongebob. hihihi Maaf ye sayang. Umi lebih suka pilih plain colour dari kartun sebab umi tak suka cd yang ada kartun. huhu Spongebob tu pun umi pilih sebab nak cukupkan 10 pcs semuanya je. huhu 


Anyway, umi sekarang dah tak risau lagi. Malah keselesaan Habib memakai 'cd' tu telah membantu umi dan ayah menjimatkan wang pampers Habib. Habib juga dah membantu meringankan beban ayah yang berpenat lelah mencari rezeki untuk membesarkan Habib. Namun sayangku Habib, Habib bukanlah beban pada kami, tapi Habib adalah anugerah Allah untuk umi dan ayah..


Subhanallah!
Kecil-kecil lagi dah pandai membantu umi dan ayah.
 Terima kasih, sayang..


Hmm.. ayah ada sarankan pada umi untuk berniaga online, jual 'cd' ni kat internet. Tapi Habib, boleh ke umi ni meniaga? Umi ni bukan reti pun. Lagikan tolong Mak Cik Mah, kakak angkat ayah tu, berniaga buah kat pasar malam pun, umi dah menyorok belakang kepala lori. Inikan pulak nak meniaga.
Lainlah kalau ayah yang lagi hebat dari umi ni. huhu


Adess, apalah umi ni kan..huhu


0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner