Assalamualaikum wbt, kesayangan ummi dan ayah yang sangat dikasihi..
Apa khabar iman Habib hari ini?
Semoga dirimu beroleh keberkatan, dikurnia iman yang sejati, menjadi daie yang bertaqwa, amin.
Anakanda ummi yang sangat ummi dan ayah sayangi,
alhamdulillah, pagi tadi kita dah selamat sampai ke rumah,
setelah menempuh perjalanan yang jauh dan agak memenatkan,
terutama ayah yang sepanjang memandu tanpa henti serta kesihatan ummi yang terganggu.
Entah kenapa,
semasa perjalanan, singgah menghantar Tok Ma di rumah 'arwah ma' tadi,
ummi tiba2 muntah dan pening2.
Mungkin kerana ummi terlalu sedih dan kesihatan yang terganggu sejak pemergian insan tersayang.
Dari kiri : Arwah ma, Mak Su, Mak Inum dan Cik Long semasa perkahwinan ummi dan ayah
Habib sayang,
kepulangan kita menemui insan tersayang minggu lepas rupanya memberi sejuta makna untuk ummi.
Pemergian insan tersayang yang sangat rapat dengan ummi, merupakan kakak sulung pada ibu ummi
dan arwah sangat baik dengan semua orang.
Sejak kecil, ummi dan adik beradik selesa dengan panggilan 'ma' pada arwah,
menunjukkan betapa rapatnya arwah dengan kami sejak kecil, umpama ibu sendiri.
Minggu lepas semasa menerima panggilan dari Ayahanda umi,
mengatakan arwah sedang nazak, tidak sedarkan diri selepas diserang angin ahmar secara mengejut.
Lantas ummi dan Habib pulang dahulu tanpa ayah, dengan Ayah Long, Cik Long dan Cik Ngah.
Pukul 10 malam, kami tiba d Hospital Machang, bergegas ke wad arwah.
Sampai disana, umi tak dapat menahan sebak, melihatkan tubuh awah yang kaku, mulut ditutupi oksigen dan dada arwah yang turun naik menarik nafas.
Namun mata arwah tetap terpejam tatkala ummi mencium pipi arwah.
Air mata ummi hanyaAllah yang tahu, cuba ditahan namun tetap berjuraian membasahi pipi ummi.
Lantas ummi sedekahkan Surah Yaasiin untuk arwah
apabila Baby Habib seronok dalam dukungan Ayah Raf.
Terkedunya hati mengenangkan arwah yang sihat walafiat 2 minggu lepas, semasa kita pulang ke kampung bersama ayah.
Setengah jam kemudian, arwah menunjukkan tanda2 seperti menarik nafas. Lantas kami semua tidak putus membisikkan syhadah di telinga arwah.
Sejam berlalu, arwah kembali seperti biasa, tiada lagi bunyi sesakan nafas.
Lalu Ayah Long mengajak pulang seketika ke rumah Abg Zu yang berdekatan dengan hospital.
Mengingatkan Habib yang keletihan berjalan jauh, ummi setuju mengikut Ayah Long dan Cik Long serta semua pulang seketika dengan harapan subuh nanti dapat menjenguk arwah lagi.
Takdir Allah menentukan segala, tidak sampai 10 min di rumah Abg Zu, kami menerima panggilan arwah sudah tiada.
Bagaikan mimpi, baru seketika pipi hangat arwah dicium ummi sbelum pulang.
Rupanya ciuman terakhir ummi untuk arwah.
Lantas semua bersiap dan pulang untuk bersedia menerima kepulangan arwah ke rumah untuk yang terakhir kali.
Dan esoknya, pukul 11 pagi, arwah siap dimandikan dan dikapankan.
Sebelum arwah ditutup mukanya, ummi sempat mencium pipi arwah.
Sayu hati, bagai mimpi arwah kini akan kembali pada Yang Esa.
Buat selama-lamanya..
Habib sayang,
semasa mencium arwah, mata ummi tidak dapat menahan kesedihan.
Airmata berjuraian, namun ummi pasrah.
Arwah bukan lagi bersama kita.
Kehilangan arwah benar2 memberi tamparan hebat untuk umi.
40 hari sebelum arwah meninggal, arwah sempat berpesan, arwah mahu makan bersama, mengajak ummi dan ayah ke rumah arwah apabila ummi dan ayah pulang ke Kelantan hujung minggu nanti.
Namun hajat arwah tidak kesampaian, arwah pergi terlebih dahulu, bersama hajat arwah yang sangat membuatkan hati ummi dan ayah sangat terkilan.
Benar Habib sayang,
ummi sangat menyayangi arwah.
Arwah umpama ibu umi, arwah lah yang menjaga umi dahulu semasa kecil.
Hanya Allah yang tahu, betapa umi amat menyayangi arwah..
Kenangan bersama arwah..
kenangan arwah (berbaju ungu) ketika memeriahkan
majlis perkahwinan ummi dan ayah 2 tahun lepas di Perlis
arwah ketika majlis akad nikah Abg Syafiek (berbaju putih) di Alor Star
arwah diapit bersama anak2 lelaki arwah juga, Abg Zu dan Abg Izumi
Habib sayang,
hanya Allah yang tahu segala yang tersurat dan tersirat.
Sebelum kehilangan arwah, ummi terlebih dahulu kehilangan insan2 yang ummi sangat sayangi.
'Arwah ma'
Bermula bulan ramadhan 2 tahun lalu,
ummi kehilangan satu2nya ibu saudara yang sangat baik, manja dgn ummi.
Arwah juga mesra dgn panggilan 'ma'.
Umur arwah sekitar hampir 1 dekad,
namun arwah tidak mampu berjalan sejak arwah terjatuh dari bilik air.
Arwah sangat rapat dgn ummi, terlalu rapat.
Malah di akhir hayat arwah,
arwah sempat berpesan, ingin menemui ummi dan adik beradik ummi kerana terlalu merindui kami.
Sepanjang dirumah, ummi yang memandikan arwah, memakaikan baju dan menyikat rambut arwah.
Masih terbayang diwajah ummi, raut wajahnya yang gebira apabila ummi mandikan,
ciuman hangat arwah dipipi ummi tatkala ummi siap menyikat rambutnya dan
genggaman erat pelukan arwah ketika menghantarnya pulang ke rumah anaknya.
Itulah kenangan terakhir ummi bersama arwah ma,
hingga kini masih terasa hangatnya belaian itu.
Hasrat arwah juga untuk melihat dan mengenali ayah tidak kesampaian, sedangkan waktu itu ummi belum mendirikan rumahtangga, dan ummi belum lagi berkahwin.
Namun arwah sudah pun meninggalkan ummi buat selamanya,
sejak 2 tahun yg lalu.
Dan ketika melalui tanah perkuburan itu, ummi tidak penah lupa menghadiahkan arwah alfatihah,
biarpun dlm hati kecil ummi sentiasa berbisik,
"Sarah rindukan ma.."
'Arwah Ba'
Sebulan berlalu, penghujung Disember 2008,
ummi kehilangan bapa saudara sulung ummi,
'arwah ba' yang meninggal kerana penyakit jantung nya di rumah.
Mujur ummi sempat pulang dan ummi sempat melihat jenazahnya buat kali terakhir.
Arwah sangat baik dgn ummi dan setiap kali menemui arwah,
arwah selalu memeluk ummi, mengharapkan ummi menjadi seorang penulis suatu hari nanti.
Namun waktu itu, ummi belum bersedia.
Rupanya besar hikmah tiap yg terjadi.
Syukur, ummi jadikan blog ini sebagai wadah penulisan untuk manfaat bersama,
moga mengalair barakah pada arwah juga, amin.
Sayangnya, waktu ini ummi tidak sempat mengenalkan Ayah pada arwah dan ayah hanya mengenali arwah semasa pengebumiannya.
Ternyata, Ayah ummi lah yang paling terkilan kerana tidak sempat menemui aabang sulungnya itu kerana waktu itu, Tok Ayah Habib ini berada di Mekah, menunaikan haji yang suci.
Tok Ayah lah yang paling sedih, syukur Allah jaga Tok Ayah disana.
'Arwah Ayah Chik'
Seusai pemergian arwah, selang 2minggu kemudian,
perginya pula bapa saudara ummi yakni adik pada Tok Ayah juga,
meninggal secara mengejut kerana penyakit jantung.
Arwah sangat rapat dgn kluarga ummi dan anak2 arwah merupakan sepupu yang rapat dgn kami.
Arwah meninggal selepas menemui ibu dan ayah ummi pada malam sebelumnya, buat kali terakhir.
Dan umi lah yang sgt sedih, menerima panggilan telefon kematiannyaketika kaki umi melangkah menuju ke dewan examination untk ujian final.
Ternyata, hanya juraian airmata yang menemani sepanjang ummi menempuh 2 jam ujian itu.
Sayangnya, ummi tidak sempat menemui arwah kerana arwah terlebih dahulu disemadikan lebih awal.
Kenangan terakhir arwah bersama ummi ketika itu adalah arwah menjadi saksi di pernikahan ummi dan ayah..
'Arwah Abg Izani'
Sebulan berlalu, ummi dikejutkan lagi dgn berita pemergian sepupu ummi yakni arwah ma ini.
Arwah meninggal di Kuantan, kerana serangan jantung ketika menonton tv di ruang tamu.
Arwah sangat baik, biarpun jarang kami bertemu.
Arwah suka bergurau dengan umi, arwah sangat berhati mula.
Namun ketika kami mula mengenali, arwah sudah pergi buat selamanya,
di usia yang sangat muda.
'Arwah Abg Muzani'
Selang 3 minggu kemudian, arwah Abg Muzani yang merupakan dua pupu ummi pula menyusul.
Arwah juga meninggal di ketika usia yang sangat muda.
Biarpun ummi tidak sempat menemui arwah, namun ummi tahu, arwah seorang yang sangat baik.
'Arwah Pak Cik Min'
Setelah Arwah Ba, Arwah Ayah Chik, akhirnya Arwah PakCik Min menyusul pula.
Tiga beradik ini bagai sudah berjanji untuk sehidup semati.
Pemergian mereka dalam waktu yang terdekat, jarak yang sangat singkat benar2 membuatkan hati kami sekeluarga sangat terpukul.
Menghadapi kehilangan mereka sekali gus amat sukar untuk dilalui.
Arwah Pakcik Min sangat baik, zuhud orangnya.
Arwah meninggal ketika sedang tidur, juga kerana serangan jantung.
Arwah sangat penyayang, suka bergurau dan pemurah dgn nasihat2 berguna.
Semasa ummi mengandungkan Habib juga, arwah lah yang menemani ummi di hospital KBMC,
setia sebagai seorang bapa.
Arwah terlalu baik.
Namun Allah lebih sayangkan arwah..
Dan kini, menyusul pula 'arwah Ma' selepas sebulan pemergian arwah PakCikMin.
Habib sayang,
Hanya Allah yang tahu bagaima kesedihan ummikali ini.
menerima pemergian insan tersayang berturut2 benar2 menguji iman umi sebagai hambaNya ya beriman pada Nya.
Ingin sahaja ummi laungkan pada dunia,
bahawa ummi sedih! Sangat sedih!
Mereka pergi dari ummi, bukan untuk seketika atau seminit dua.
Namun untuk selama-lamanya.
Ummi tidak kuatlagi Habib, ummi takut, sangat takut!
Seakan menunggu giliran pula, ummi bagaikan masih bermimpi.
Dan hati ummi belum bersedia untuk menerima semua ini..
Ummi tahu, ummi tidak boleh begini.
Namun Habib...Subhanallah!!
"Ya Allah,
Kau kuatkanlah hatiku,
menerima ketentuan Mu dan takdirMu dengan hati yang terbka.
Redhakanlah hati ini membawanya pergi jauh dari hatiku, agar aku bisa kuat kembali.
Tuhanku,
kuatkan hati kami.
Tempatkanlah roh-roh mereka bersama orang2 yang beriman.
Tempatkan mereka didalam syurga abadiMu.
Terimalah amalannya, terimalah taubatnya.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha menerima taubat."
amiin.
0 comments:
Post a Comment