Wednesday, March 17, 2010

@ Contest :: You & Me - Love Forever


Bismillahirrahmanirrahim..

ALhamdulillah, pertama kalinya, ummi nak join contest dalam blog Kak Siti ni.
 Ummi sebenarnya suka2 jer, saja nak memeriahkan blog kak siti.
Sempena anniversary Kak Siti dan suami yang ke-5, jadi kak siti buat contest ni.
Ini pertama kalinya ummi join contest. Baru belajar.:)

Ummi tak mengharapkan apa2, menang kalah adat bertanding. 
cuma ummi sekadar ingin mencari pengalaman bercontest dalam blog.

Sekian lama menerjah komputer ni, akhirnya ummi ke temu jua gambar ni.
Ini dia gambar untuk ummi pertaruhkan dalam contest ni.




"Bagi ummi kenangan gambar ini amat besar nilai bagi sebuah kasih sayang
antara seorang anak dan seorang bapa.
Gambar ini diambil ketika ummi selesai diakad-nikahkan oleh bapa ummi dengan suami ummi yakni insan yang menjadi ayahanda Habib hari ini.

Tautan kasih antara kami amat kuat,
tiada kata yang terucap saat menggenggam erat jemari tua itu,
tangan yang membesar dan mendidik ummi dengan acuan islam dan iman dari sekecil-kecil insan sehingga diri ini bergelar seorang isteri kepada suami tercinta.

Saat diijab-kabulkan,
deraian airmata yang membasahi.
Bukan kerana kegembiraan semata, namun kesyukuran pada Yang Maha Esa.
Saat tangan ummi mencium tangannya,
hati ini bergetar membisik kata.
"Ayah, maafkan segala kesilapan saya. Halalkan makan minum saya."

Pelukan itu masih hangat,
dan kasih sayangnya masih utuh hingga kini.
Betapa kuatnya ikatan kasih kami,
betapa nikmatnya mengecapi kasih sayang dari insan bergelar ayah.
Menggetarkan hati dan jiwa tiap yang merasa,
Syahdu dan sangat bahagia..

Dia insan agung yang sangat mulia,
 pengorbanan dan setianya terlalu tinggi nilainya.
Namun kasih dan sayangnya pada insan bergelar anak,
tiada sama dengan wang dan harta.

Ummi bertuah kerana punya seorang ayah yang tinggi nilai kasih dan sayang!

Itulah nilai kasih sayang bagi ummi.
Terlalu berharga, dan sangat berharga!"



Bagi sesiapa yang nak join contest ni, sila klik sini. Cepat! Cepat!
Tarikh tutup pada 23 Mac 2010, 12.00pm.

..Salam sayang dari ummi dan ayah..

2 comments:

ibu_arifa said...

salam Sarah..

wah dah join contest hi yer..good luck yer Sarah..syahdunyer baca coretan Sarah ni..best!

Siti said...

Salam kenal dari siti. Eh! nama kita sama la..hehehe.
Terima kasih join contest siti yer. Siti ambik gambar k.

P/S: Siti follow Sarah too & keep in touch k.

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner