Wednesday, April 7, 2010

Ayah oncall lagi....

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt,
Allah permudahkan umi untuk meluangkan masa dihadapan komputer malam ini,
melakar kisah bersama untuk tatapan sesiapa sahaja,
agar manfaatnya mengalir dengan penuh barakah,
mengiringi pusara dan pemergian ummi dan ayah nanti..

Habib kesayangan umi dan ayah,
Seperti biasa, malam ini ayah oncall lagi.
Sudah hampir tiga malam ayah oncall, tidur tidak menentu.
Tengahari tadi semasa pulang untuk makan tengahari,
ayah sangat-sangat letih.
Hinggakan ayah terlena sambil bermain dengan Habib.
Ummi didapur sedang menghidangkan makanan,
menjenguk Habib yang bersuara merengek-rengek sesuatu.
Rupanya minta ayah dukungkan.
Tapi bila umi pandang ayah, 
 ayah pula sudah terlena, mata terpejam rapat sambil memegang mainan Habib.
Lantas umi bawa Habib ke dapur bersama umi,
agar ayah dapat rehat secukupnya sebelum masuk kerja pukul dua petang.
Kasihan ayah..

Dan malam ni, ayah oncall lagi.
Tentu esok ayah penat seperti semalam.

Habib sayang,
Doakan ayah semoga Allah kuatkan ayah ye.
Allah tabahkan hati ayah,
 Allah berikan kesihatan yg baik untuk ayah.
Agar ayah sentiasa berada dalam rahmatNya, amin.

Habib yg setia menemani umi ketika ayah oncall


Habib sayang,
beberapa minggu yg lepas,
sahabat baik umi di Jordan iaitu Uncle Hamdi
yang sedang menuntut dalam bidang perubatan ada bertanya pada umi,
bila nak snap gambar rumah sewa baru kita kali ni untuk post terbaru di blog Habib.

Namun sayangnya sampai hari ini,
umi masih tak dapat menunaikannya.
Maklumlah, telefon umi 'mahal' sangat sampai tak boleh guna untuk snap gambar.
Telefon ayah pula tak de kabel untuk upload dlm komputer.
Dan kami juga tak ada kamera.
huhu...

Oleh itu,
tak dapatlah umi penuhi permintaan sahabat umi ini dari jauh.
Sebelum ini, umi hanya guna kamera komputer sahaja utk snap gambar Habib.
Itupun snap dekat kawasan meja komputer ni je.
Sebab itulah latar belakang asyik sama jer..hihi..

Handphone umi - Nokia 1110 dan Samsung..


Samsung hadiah dari ayah semasa bertunang dulu, Nokia teman sejati sejak form 5..
Sayang sangat! huhu

Buat Sahabat umi,
maafkan akak sebab tak dapat nak upload gambar rumah sewa baru.
Nanti akak naik umah baru akak upload kan ye!
Maafkan akak banyak-banyak..


Sahabat sejati umi ketika mewakili sekolah dalam
Pertandingan Debat dan Forum Remaja.

Berdiri dr kiri : Farhana, 'Ummi' dan Athiyah
Duduk dr kiri : Amin, Nuruddin, Roslan dan Hamdi

Habib sayang,
untuk pengetahuan anak umi,
sahibah ummi ini merupakan teman rapat umi di sekolah menengah dulu.
Kami sama-sama membina impian dan memburu harapan.
 Alhamdulillah, semua berjaya.

Sahabat Amin kini di MMU,
Nurudin pula bakal Doktor seperti Hamdi, kini di Ireland.
Roslan pula di UPM, bakal pendidik Bahasa Arab.
Dan Uncle Hamdi itulah, kini di Jordan.
Sedangkan 2 lagi sahabat umi, hilang entah ke mana.
Lama ummi tidak mendengar khabar mereka..
Semoga Allah memelihara mereka, aminn.

Habib sayang,
besar nanti jangan lupa pada sahibah ummi ini.
Kerana besar pahalanya Habib mengasihi dan menyayangi sahibah ummi dan ayah.
Jangan sesekali Habib melupakan mereka,
kerana merekalah yang banyak membantu umi ketika menuntut ilmu dahulu.

Habib sayang,
Kasihi mereka.
Doakan mereka selalu.

Semoga Habib dapat mengikuti kejayaan mereka,
menjadikan contoh kejayaan buat Habib nanti.
Sepertimana kejayaan Ayah Fiek dan Mama Nadia juga..

Habib sayang,
lama pula ummi beceloteh malam ini.
Nampaknya ummi nak berhenti disini dahulu.
Nanti di kesempatan yang ada,
pasti ummi coretkan lagi kisah2 teladan dan pengajaran terbaik
buat permata hati umi ayah ini.

Ingat pesan Imam Ghazali,
ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan,
sinar penglihatan daripada kezaliman dan
tenaga badan daripada kelemahan.
Dengan ilmulah manusia punya darjat yang tinggi!

Anakku,
Semoga dirimu membesar sebagai mujahid sejati
yg kaya dengan ilmu dan amal yang soleh, amin..

..Salam sayang dari ummi dan ayah..


1 comments:

ticher ina said...

salam...
selalu rasa cemburu bila baca blog ini...
terasa macam lengkap je hidup ummi habib ni...
semoga berbahagia selalu..
semoga saya dapat peroleh hidup macam kamu satu hari nanti...


=D

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner