Assalamualaikum wbt.
Kaifa haluka hazal yaum ya bunayya?
Ummi dan ayah doakan,
moga mujahid kesayangan umi dan ayah ini sentiasa dipayungi rahmat dan hidayah,
dari Allah swt sebagai bekal meniti usia yang masih hijau.
Anakanda ku,
Semoga kehadiranmu ke dunia adalah sinar bahagia
kerana kau adalah anugerah agung teristimewa untuk kami..
Habib sayang,
alhamdulillah, umi berkesempatan untuk mencoret seketika di ruangan ini.
Sudah lama umi mahu membingkiskan kisah kejayaan mereka
buat tatapan dan contoh terbaik untuk Habib,
agar suatu masa nati,
apabila Habib membaca kembali blog ini,
Habib akan mengerti kenapa mereka contoh kejayaan buat umi dan ayah..
Habib sayang,
Alhamdulillah,
ibubapa umi berjaya melahirkan sebuah baitul muslim dengan corak yg cukup sempurna.
Dikurnia 9 orang cahaya mata adalah anugerah teragung buat ibubapa umi.
Anak yang berjaya, soleh dan solehah,
penyejuk mata dan penawar dijiwa..
Subhanallah!
Bukan senang untuk melahirkan sebuah Baitul Muslim dengan acuan sunnah Rasulullah saw dalam dunia yg serba daif dan penuh pancaroba ini.
Namun, berkat didikan agama yakni ISLAM,
syukur akhirnya Baitul Muslim sejati itu kini berdiri teguh sebagai Baitul Ummah yg sangat kukuh.
Alhamdulillah,
all praise to Allah, sayang..
Abg Syafiek dan Kak Nadia ketika convokesyen Medic di Cork, Ireland
Alhamdulillah,
antara 9 beradik umi,
kini adanya dua orang doktor dalam keluarga.
Seorang bakal Kardiologist dan pure doktor.
Sungguh umi cukup tersentuh dengan kejayaan mereka.
Terkenang pula disaat Habib meniti usia bersama kami,
terdetik dihati,
"berjayakah kami melahirkan bakal mujahid sejati yg tercinta?"
Subhanallah!
Jahil lagi rasanya kami sebagai ibu dan bapa
untuk membentuk sebuah Baitul Islam dengan acuan islam dan iman yg sebenar,
lebih-lebih lagi dalam dunia akhir zaman ini.
Sedangkan kami sangat daif,
bukan insan yg sebenar sempurna untuk membentuk dirimu, sayang..
Melihatkan dunia hari ini,
sepertikan menanti saat kehancuran,
menghitung amalan yg hanya sedikit, sedang dosa ibarat buih di lautan.
Masyaallah, sayangku..
Besarnya cabaran kami sebagai ibu bapa untuk mendidik mu menjadi insan soleh dan solehah,
seiring dengan sunnah Baginda yang mulia.
Terkadang umi dan ayah amat takut,
andainya kami gagal,sedangkan kami terlalu takut.
wana'uzubillah..
Habib sayang,
jadilah insan sejati,
yg mencintai Allah dan Rasul melebihi dirimu sendiri,
menyayangi kami setiap masa di sepenuh hati,
mengasihi saudaramu sendiri..
Habib sayang,
Tiada bekal yang umi dan ayah bawakan,
ketika kami dipersembahkan dihadapan Rabbul Izati kelak.
Melainkan amal, sedekah dan anak yg soleh solehah sepertimu..
Habib sayang,
Seindah namamu diberi,
sebaik akhlak diri,
segirang tawa hati untuk ayah dan umi..
Ingatlah pesan kami.
Lahirmu ke dunia sebagai KHALIFATULLAH yang mulia.
Pimpinlah dirimu dengan baik,
sebaik pimpinan Rasul Baginda yg dititpkan buatmu.
Kerana dirimu bukan sekadar penghuni dunia,
namun kau adalah anugerah dari syurga..
Dr Syafiek dan Dr Nadia ketika sem akhir di Cork, Ireland
Sweet Married Couple
Habib sayang,
Contohilah mereka yg berjaya.
Kerana umi dan ayah mahu Habib juga berjaya seperti mereka.
Ingat sayang,
kejayaan bukan untuk dimegah.
namun kejayaan adalah anugerah yg harus kau syukuri dengan penuh qanaah..
Ummi dan ayah akan sentiasa mendoakan,
agar hidupmu berjaya didunia dan akhirat,sayang..
..Salam sayang dari umi dan ayah..
0 comments:
Post a Comment