Assalamualaikum wbt..
Anakanda umi yang sangat umi dan ayah kasihi,
Muhammad Habib Tajuddin.
Kaifa haluka ya bunayya?
Ummi dan ayah sentiasa doakan,
moga hero kami ini sentiasa sihat,cerdas dan ceria selalu, amin.
Subhanallah!!
rindunya ummi untuk meng'update' blog Habib ini.
Namun sayang,
maafkan ummi kerana masa yang umi ada sangat terbatas.
Adakalanya hati meronta-ronta nak berceloteh di blog Habib ini.
Tapi ketentuan dan perancangan Allah lebih mendahului.
Ummi kena dahulukan ayah dan Habib dahulu,
menyebabkan blog ini terpaksa bersawang untuk seketika.
Maafkan umi juga, sahabat2 semua yang setia menanti post terbaru tentang Habib..
Habib sayang,
malam ini ayah oncall lagi.
Sejak isyak sehingga subuh esok.
Dan semestinya hanya kita berdua dirumah.
Rumah benar2 sunyi tanpa ayah,
namun adanya Habib disisi ummi rasa sedikit terisi kesunyian itu.
Melihatkan wajah Habib yg sedang lena dalam balutan selimut itu,
hati umi jadi sayu.
Ummi tahu Habib rindukan ayah kerana setiap malam, ayahlah yang akan memeluk Habib semasa tidur.
Namun malam ni, ayah oncall lagi.
Semasa ayah nak ke tempat kerja tadi,
umi dan Habib sempat hantar ayah ke muka pintu.
Malah kita sama-sama salam tangan ayah, cium pipi ayah dan mendoakan ayah.
Kata ayah,
berat hati nak tinggalkan kita.
Namun umi cuba pujuk ayah.
Wajah yg suram pada mulanya akhirnya senyum juga bila umi katakan pada ayah,
"Abang jangan risau. Sayang dan Habib selamat.
Allah sentiasa menemani kami."
Alhamdulillah,
ayah kuat semangat orangnya.
Biarpun umi lebih kenal sifat ayah, namun ayah seorang yg tabah.
Ayah seorang yg kuat hati, rela berpanas terik di tengah-tengah kilang,
demi umi dan Habib.
Subhanallah!
Habib sayang,
Besar nanti jangan Habib lupa jasa ayah ye sayang?
Habib anak kami yg soleh,
Habib mesti sayangi ayah dan umi,
mengasihi kami sebagaimana kami mengasihi Habib sepenuh hati kami.
Habib sayang,
ummi ketandusan idea pula malam ini.
namun ummi cuba untuk berkongsi sesuatu dengan Habib malam ini.
Tetiba umi rindukan dewan kuliah,
medan umi menadah ilmu dahulu ketika di IIC.
Bila umi masuk facebook, umi bertemu dengan lecturer umi.
Sayu hati bila mengenang kembali bagaimana dulu lecturer umi ini sangat baik dengan umi,
sedia mengajar umi setitis ilmu yg terlalu bernilai dan berharga.
Syukur facebook banyak menemukan umi dengan sahabat lama umi,
termasuk para guru dan sahibah2 di perantauan sana.
Oh ya.
Habib nak tahu?
Rupanya lecturer umi ni penyanyi nasyid All One rupanya.
kagum umi dengan Sir Fazil ni.
Kalau sape2 nak tahu siapa dia, sila klik You Tube, Bilal bin Rabah.
Habib sayang,
terlalu pantas masa berlalu.
Habib sudah pun masuk 6 bulan.
Seronok umi dan ayah tengok perkembangan Habib depan mata.
Alhamdulillah,
Habib dah boleh merangkak.
Rupanya sayang umi ni demam minggu lepas sebab nak merangkak ye? hehe :)
Ramai yang terkejut dengan perkembangan Habib.
Sudah boleh merangkak, malah dah kenal ayah dan umi.
Asal nampak ayah je lalu depan mata,
terus menangis2 minta ayah dukungkan.
Subhanallah..
Namun sayang umi,
setakat hari ini, umi belum suapkan makanan tambahan untuk Habib.
Kata ayah,
ayah mahu Habib full breastfeeding lama sikit.
umi setuju je, lagipun setakat ni susu umi masih mencukupi.
Kata Tok Ma jugak,
kalau baby lambat diberi makanan tambahan,
baby cerdik!
Subhanallah!
aminn...
Ummi dan ayah yakin,
setakat ini Habib memang bayi yang sangat cerdik.
Habib suka main lutut dia..hehe
Oh ya.
Minggu lepas ayah ada belikan walker baru untuk Habib.
Cakap apa sayang?
Terima kasih, ayah!
Alhamdulillah, sejak Habib ada walker ni,
kerja umi senang sikit.
Tak delah nak terkejar-kejar lagi dari dapur bila tinggalkan Habib depan tv.
Kalau dulu selalu je Habib tak duduk diam.
Kejap-kejap bawah kerusi la, kejap-kejap bawah meja la.
Yang tak tahan nya, cepat pulak tu Habib bergerak.
Lajuu je..
Terkejar2 umi dibuatnya, risau kalau2 Habib start mengutip.
Mana tahu, ada pulak yg bawa masuk mulut nanti.
hihihi..
Habib with a new blue walker..yeah!
vroomm..vroomm... Let's go! hihi
Habib penat..ala, ciannya anak umi..
Oh ya!
Hampir umi terlupa jugak.
umi sempat ter'snap' gambar habib yang sedang makan biskut,
curi amik dalam bekas biskut umi.
habis comot muka Habib. huhu..
Sungguh umi tak sedar bila Habib capai biskut tu dari atas meja pc ni. huhu..
nyam..nyam..biskut chocolate umi..
huhu..umi tak perasan habib makan..
Ala, dah comot..huhu...
Nasib baik ayah tak de masa ni.
kalau tak, teruklah umi kena marah kat ayah nanti. huhu
Habib sayang,
lain kali taknak macam ni tau..huhu
Oklah Habib.
Nampaknya mata umi dah mengantuk.
Umi nak tidur, nak pejam mata rapat2.
Esok pagi ayah balik, hanya kita berdua, sayang. huhu..
p/s : Tak sabar nak tunggu cloth diapers baru yang ayah dan umi order sejak minggu lepas sampai.
Alhamdulillah, nanti Habib akan jadi full baby cloth diapers la, sebab umi dan ayah takkan belikan pampers untuk Habib lagi. Dan kali ni ayah bermurah hati nak belikan Habib cloth diapers yang mahal sikit. hehe..
Terima kasih, ayah..
Terima kasih,sayang..:)
..Salam sayang dari umi dan ayah..
1 comments:
habib yang cute!
hehe ntah bile ley jnpe.. =))
Post a Comment