Assalamualaikum wbt
permata hati umi dan ayah yg sangat dikasihi..
Sayangku Muhammad Habib Tajuddin..
Kaifa Haluka ya bunayya?
Umi dan ayah saban hari saban waktu sering mendoakan anakanda,
semoga lahirmu ke dunia, menjadi insan soleh,
mujahid sejati dan daie yg bertaqwa pada Allah swt..
amin ya rabbal alamin.
Habib sayang,
alhamdulillah,
bermula 2 hari lepas,
ummi sudah pun memulakan fasa kedua Habib,
memberikan Habib makanan tambahan bermula 6 bulan.
Mulanya ummi suapkan Habib dengan biskut Milna.
Mahal juga ye, RM9.50 sekotak.
Tapi tak mengapa, demi anak kesayangan umi dan ayah serta untuk tumbesaran yg baik,
ummi belikan jua untuk Habib atas izin ayah.
Apa yg ummi tahu,
Biskut Bayi Milna ini ditambah dgn AA dan DHA serta
diperkaya dgn Prebiotik (FOS), Kalsium Susu,
dan 18 vitamin dan mineral untuk pertumbuhan bayi yg optima.
Biskut ini boleh disajikan sebagai bubur atau
dimakan terus sebagai biskut untuk membantu pertumbuhan gigi.
Alhamdulillah,
Habib memang suka makan biskut ini.
Pantang umi hulurkan ke tangan Habib,
cepat aje tangan comel itu mencapainya.
Terus dimasukkan ke dalam mulut dan nyam..nyam...
Kadang-kadang ummi terpaksa tarik semula
kerana Habib belum pun mengikuti umi membaca doa makan.
Hmm..nakal ye sayang..hehe
Kata jiran umi,
biskut ini baik untuk pertumbuhan gigi Habib.
Umi semangat nak bagi Habib makan sebab sekarang Habib memang suka gigit semua benda.
Kadang-kadang Habib yang tengah meniarap atas katil, mengengsot datang kat umi, semata-mata mahu tarik tangan umi dan menggigit jari umi.
Dahlah gusi anak mi ni dah keras, putih jer..
Dah tak lama nk tumbuh gigi.
Dan masa tu jugak umi mengadoi kesakitan,
memang sakit, sayang ooiii... huhu
Dan muka Habib pulak masa tu, pergh!
Ketawa sampai nampak gusi belakang! ...huhu..
Seronok ye gigit jari umi?
Memang nak kena geletek anak umi ni ye..hihi
Ada juga umi berikan Habib sebagai bubur untuk Habib makan.
Alhamdulillah anak umi memang berselera sekali.
Mulanya umi suapkan sekeping biskut,
namun nampaknya Habib meragam, merengek-rengek
sambil tarik tangan umi untuk capai mangkuk bubur tu.
Lantas umi tambahkan lagi sekeping dan Subhanallah!
Habis anak umi makan dua keping tu.
Terlopong kejap umi,lapar sungguh anak umi ye.
Namun sayang, kasihannya dirimu.
Mungkin sebab banyak makan, Habib cirit-birit pulak.
5 keping jugak la lampin Habib terpaksa bertukar ganti..huhu
Umi tanya pada 'Uncle Kamil',
salah sorang sahibah umi yg kebetulan bertanya khabar Habib.
Kata uncle, perut Habib terkeut sebab dapat makanan lain selain susu.
Tu sebab cirit-birit.
Aduhai,.. tergelak umi dengar.
Pandai je uncle ni, macam memang dah pakar kanak-kanak,
sesuai dah untuk kahwin dan ada baby.
hehe..
Uncle juga sarankan pada umi, suapkan Habib sikit-sikit dulu.
Mungkin umi gelojoh sangat ke atau Habib yang dh terlalu lapar??
Ades,maafkan umi ye sayang.
Alhamdulillah,
pagi ni umi ikut saranan ayah, suapkan Habib bubur Milna dengan kuantiti sedikit.
BiarpunHabib masih merengek-rengek mintak lagi, terpaksalah umi susukan Habib pula dengan susu umi.
Dan Alhamdulillah,
terus Habib tertidur selepas makan.
Habib sayang,
umi ada jua buatkan Habib bubur nasi.
Biarpun sudah dilenyek, dan dicampur dengan bahan lain,
namun Habib tetap tak nak makan.
Masuk aje dalam mulut,
terus Habib tolak keluar dengan lidah.
Kadang-kadang siap menyembur lagi.
Aduhai, nape sayang..
Lantas umi tuliskan di status umi dalam facebook,
mintak pandangan rakan-rakan.
Alhamdulillah,
auntie Isma menyarankan umi untuk terus memberikan Habib bubur nasi,
don't give up!
Kata diorang,
ini permulaan Habib untuk menerima makanan baru.
Alhamdulillah, lega hati umi.
Insyaallah esok boleh lah umi teruskan lagi. hehe
Mulai sekarang jugak,
umi tak lupa bekalkan biskut tu dalam beg umi,
senang untuk bagi Habib gigit kalau dalam kereta nanti.
Takde lah nak gigit jari umi lagi..hehe..
Jom kita layan pic Habib ngah makan biskut Milna ni..hehe..
Bismillahi rrahmaanirrahim..:)
Subhanallah,umi.. sedapnya...
hehe umi.. Sedapnya umi habib makan.. umi nak?
Habib sayang,
kini dirimu makin meningkat dewasa.
Usiamu makin bertambah,
hari-hari bersama mu juga semakin indah.
Tiada ungkapan terbaik,
betapa bahagianya kami sebagai ibubapa memiliki anak soleh sepertimu..
Kami amat menyayangi mu, sayang..
..Salam sayang dari umi dan ayah..
2 comments:
wah....
ni budak tecit ni da setat makan..
taklame lagi tuh mesti semangat badan die naik...
hik2..
time tu mesti pipi habib tembam...
pastuh rase nk gigit je pipi tu....
hehehehehe....
amboi..bersungguh2 dia mkn.. suka yer mkn tu.
Post a Comment