Tuesday, June 22, 2010

Debaran hati ummi..

Bismillahirrahmaanirrahim..



Assalamualaikum wbt..

Kaifa haluka ya habibi bunayya?

Ummi dan ayah doakan semoga dirimu sentiasa sihat dan ceria selalu, sayang..



Alhamdulillah,

Demam habib sudah pun sembuh setelah hampir 3 hari anak umi demam.

Syukur rupanya demam mu membawa kepada petanda yg sangat baik.

Rupanya demam Habib semakin menguatkan anak umi ayah ini dan selepas demam,

Habib mampu untuk berdiri sendiri tanpa berpegang apa-apa.

Teruja sekali kami sebagai orang tua melihatkan mu mampu berdikari dengan sendiri,

Di awal usia yg terlalu muda.



Habib ingat tak pada Uncle Panjang?

Hehe.. ayah panggil ‘Panjang’ sebab uncle memang terlalu tinggi orangnya.

Uncle teman sekerja ayah.

Ummi pun lupa apa nama sebenarnya.

Cuma ayah selalu cerita tentang Uncle Panjang ni.

Habib ingat kan masa kita bertemu Uncle haritu?

Kata uncle, anak uncle yg sebulan lebih tua dari habib,

Lahir sebulan awal dari Habib,

Sekarang masih belum mampu untuk merangkak.

Namun anak umi ayah ini terlebih dulu melangkaui perkembangannya.

Alhamdulillah,

Kami sangat bersyukur, sayang..


Habib almost 6 months..



Habib sayang,

Coretan umi kali ini,

Sekadar ingin berkongsi luahan hati umi dengan putera kesayangan umi ayah ini.

Habib sudah pun memasuki sia hampir 9bulan.

Ramai di sekeliling umi bertanyakan,

bila anak umi ni nak dapat adik baru..?


almost a week...



Aduhai sayang..

Siapa tidak mahu punya zuriat yang ramai?
Siapa yang tidak mahu punya anak-anak soleh solehah sepertimu?
Siapa yang tidak mahu punya penawar hati anugerah ALlah dari syurga?

Bukan kami tidak mahu,

Tetapi kami sedang menunggu berita itu.

Setiap kali solat umi berdoa,

Agar Allah swt mengizinkan umi dan ayah dikurnia zuriat yg seramai mungkin.

Namun sayang,

Bukan rezekinya lagi.



Walaupun begitu,

Ummi akui,

Sudah hampir 2 bulan ummi berdebar..

Adakah benar kamu bakal mendapat adik, sayang?



Habib sayang,

Sahabat-sahabat disekeliling ummi semuanya menyarankan ummi untuk membuat pemeriksaan di klinik.

Tapi ummi memilih untuk berdiam diri dahulu.

Bukan ayah tidak teruja,

Malah ayah lebih gembira dari ummi.

Namun sayang,

Ummi sebenarnya da rasa sedikit takut.

Perasaan itu sangat mendebarkan ummi,

Andainya apa yang diharapkan tidak seperti yang diimpikan.

Biarlah ummi memilih untuk berdiam diri dahulu.

Sampai masa, insyallah..

Ummi akan bersedia untuk segalanya.



Habib sayang,

Melihatkan Cik Ngah Habib yang sarat mengandung,
Mama Nadia yang bakal mendapat achaya mata sulung penghujung tahun ini,

Hati ummi terkenangkan ketika Habib masih dalam kandungan ummi.

Subhanallah,

Sangat tenang rasanya hati ini apabila ada nadi yang berdenyut bersama dalam rahim ummi.

Setiap malam,

Ummi akan mendodoikan habib,

Zikir dan alunan ayat suci Al-Quran dijadikan muzik sekeliling ruang.

Ketika ummi terlalu penat,

Ummi akan pastikan,

Anak umi mendengar ayat suci itu.

Ummi akan letakkan telefon yang dibuka dengan ayat suci,

Dan meletakkannya diatas perut umi.

Subhanallah,

Teruja rasanya bila anak umi memberi respon yg sangat positif.


Anak solehku..

Ummi tahu,

Sikapmu yg suka mendengar ayat suci,

Khusyuk mendengar azan serta mengikuti bibir ayah yg sedang membaca AlQuran adalah bukti bahawa dirimu sejak didalam rahim umi lagi,

Memang suka mendengar AlQuran.

Alhamdulillah,

Tidak sia-sia ummi mendidikmu, sayang..



Hanya Allah yg tahu,

Betapa ummi rindu saat mengandungkanmu dahulu..

Sangat merindui..

Terlalu rindu..



Habib sayang,

Ummi tahu,

Ayah mula perasan kemurungan ummi.

“Maafkan sayang, abang..

Bukan sayang niat untuk membuatkan abang merasa gelisah dgn saya.

Namun saya masih memujuk hati,

Menguatkan hati ini,

Agar apa yg kita doakan bersama,

Dikabulkan Allah swt.

Abang selalu menghiburkan sayang.

Abang faham hati sayang.

Namun abang,

Berikan sayang waktu, agar ketakutan ini hilang dari hati ini..”



Habib sayang,

Dikala ayah ke tempat kerja,

Habiblah penghibur ummi.

Di ketika ummi sedang bersila,

Habib pasti merangkak,

Menapak tangan mendekati ummi.

Tangan kecilmu pasti mencari wajah ummi.

Dan dirimu berusaha untuk memeluk ummi,

Sambil bibir kecilmu yg sangat mulus,

Bergelak tawa dan mengukir indah senyuman ceria.



Terkadang ummi biarkan dirimu mendekati,

Tanpa membantumu untuk berdiri.

Namun dirimu tetap berusaha,

Agar dapat memeluk ummi walau seketika.

Adakala pula,

Wajah habib terbenam dalam pelukan ummi,

Dan mencium pipi ibumu.

Namun sayang,

Ketahuilah..

Betapa bahagianya ummi menjadi ibu kepada seorang anak yg sangat soleh,

Dan manja seperti mu..

Subhanallah…



Habib sayang,

Debaran ini sedikit terubat melihatkan wajahmu.

Debaran ini sedikit terhenti apabila melihatkan gelak tawamu.

Dan debaran ini semakin hilang apabila mengenang kembali

saat mengandungkan mujahid sejati sepertimu.

Oh Tuhan,

Betapa indahnya saat itu..

keluarga impianku..



“Ya Allah,

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Dengarlah rintihan hambaMu..

Debaran ini ada maksubnya.

Debaran ini sangat menguji iman ku sebagai ibu.

Tuhanku,

Khabarkanlah khabar gembira buatku.

Agar harapanku bersama suami,

Dikabulkan Mu dgn sepenuh rahmat..

Akan ku sujud penuh kesyukuran.

Andai apa yg dinanti itu,

Tiba jua..

Seperti mana aku pernah menantinya suatu masa dahulu..”

Amin Ya Rabbal Alamin..


 
..Salam sayang dari ummi dan ayah..

1 comments:

K.idah said...

Assalamualaikum Sarah..
Apakah yang sedang sarah fikirkan?Apakah yang bakal berlaku? buat akk terty2...namun akk doakan semoga semuanya baik2 belaka ye..bykkan isghtifar dan zikir..akk tau sarah kuat...akk sentiasa menunggu perkhabaran baik dr sarah..

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner