Monday, July 5, 2010

Hati yang gelisah, alahan yang semakin menjadi-jadi..

Assalamualaikum wbt,

Wahai pejuang islam yg sangat bijak dan ceria..



Kaifa haluka ya bunayya?

Subhanallah,

Lama sudah ummi meninggalkan laman diari anakanda ummi kali ini.

Maafkan ummi sayang..



Habib sayang,

Sejak ummi mengandungkan little mujahid ini,

Alahan ummi juga semakin menjadi-jadi.

Paling kasihan pada ayah,

Kerana ayah juga alahan,

Muntah-muntah mengalahkan ummi.

Aduhai, kali ni ayah rasa pula.

Mungkinkah little mujahid ummi ini,

Adik habib ini adalah perempuan?

Seorang srikandi islam seperti Srikandi islam dahulu?

Insyallah, sayang..

Kita doakan sama-sama ye..


Anak perempuan umpama bidadari syurga..

 
Bagi ummi dan ayah,

Kami tak kisah andainya perempuan atau lelaki.

Asalkan sihat walafiat dan membesar dgn sempurna seperti abangnya..



Ramai yg kata pada ummi,

Kali ini baby perempuan.

Ummi dan ayah hanya mengucap syukur, sayang..

Segala yg tersirat adalah dari Allah..

Kan sayang??



Habib sayang,

Seiring dgn waktu,

Ummi mengandungkan little mujahid ini,

Habib pula semakin belajar mengenal dunia sekeliling.

Waktu tidurmu juga semakin berubah.

Habib lebih suka bermain dari tidur,

Lebih suka meneroka sesuatu dari duduk diam membisu.

Mulut Habib juga seolah-olah berbicara beribu bahasa,

Bertutur dalam bahasa yg sangat sukar untuk kami menafsirnya, sayang..



Namun kami tahu,

Habib sedang mempelajari sesuatu.

Sifat dan minat Habib pada sesuatu juga semakin berubah-ubah.

Malah mujahid ummi ayah ini sudah pandai

untuk mengajak kami bersembang dan bergurau senda.



Jika Habib sedang bermain,

Tetiba terdengar bunyi motor ayah pulang,

Habib pandai mencari arah bunyi,

Tanganmu pantas mengatur langkah secepat mungkin,

Merangkak ke pintu dan

Menyambut kepulangan ayah dgn ceria sekali.

Subhanallah!

Ayah mana yg tidak sabar untuk pulang?

Ayah mana yg tidak gembira, ya sayang?

Habib sangat rapat dgn ayah..

Buka sahaja pintu,

Habib sudah sedia dikaki ayah,

Merengek minta ayah dukungkan.

Kalau ummi nak ambil,

Cepat je tangan tu peluk ayah.

Macam tahu je ye..

Amboii..



Habib sayang,

Sekarang Habib juga sudah pandai lepaskan tangan apabila berdiri.

Agak lama juga, barulah habib duduk kembali.

Sekarang ummi tak risau kalau tinggalkan Habib bermain seorang diri di ruang tamu.

Habib sudah pandai membawa diri sendiri,

Malah sekarang sudah pandai untuk belajar seorang diri tanpa tunjuk ajar ummi ayah.



Alhamdulillah,

Anak ummi sangat cintakan ilmu.

Apabila terdengar ayah membaca Alquran,

Laju sungguh,

Merangkak ke riba ayah dan turut sama membaca dalam bahasa Habib sendiri.

Terkadang ayah terpaksa memberhentikan bacaannya seketika,

Apabila Habib meronta mahu memegang AlQuran juga.

Sabar ye sayang..



Habib sayang,

Dalam keadaan ummi yg mengalami alahan,

Muntah-muntah,

Tidak boleh terbau masakan,

Pening dan kurang sihat begini,

Ada sedikit kegelisahan dihati ummi.

Disaat ini,

Habib benar-benar memerlukan perhatian yg lebih.

Namun sayang,

Adakala ummi tidak terdaya melawan kepenatan itu.



Tok Ma ada menelefon,

Menyuruh ummi pulang dan membiarkan Habib dalam jagaaan mereka seketika,

Sedang jiran tetangga ada yg menawarkan diri untuk menjaga Habib.

Ummi bersyukur jika ada yg sudi menjagamu,

Biarpun jauh disudut hati,

Berjauhan dgnmu walau seketika adalah saat yg paling sukar ummi lalui.

Namun ummi harus akui,

Habib perlu membesar dgn perhatian yg sepenuhnya.



Namun sayang,

Bagaimana pula dgn ayah?

Seminggu lepas ummi suarakan pd ayah.

Tapi kata ayah,

Berjauhan dgn ummi dan Habib tidak sama sekali walau untuk seketika.

Ayah tidak mungkin dapat melaluinya..


mungkin ini yang terdetik dihati ayah..

 
Namun sayang,

Ummi buntu.

Apa yang perlu ummi lakukan untuk memberikan yg terbaik untuk dirimu dan ayah..



Kata ayah,

Kalau ummi dan Habib balik kampung,

Ayah pun nak ikut juga.

Seminggu pun ayah rela cuti.

Tapi ummi kasihankan ayah.

Ummi tahu kerja ayah sedang menanti dipejabat.

Tapi ummi tak boleh nafikan,

Ayah memang tidak kuat semangat untuk berjauhan dgn kita, sayang..



Bukan ummi nak pisahkan Habib dgn ayah,

Ummi juga serelanya mahu berada disisi ayah.

Namun ummi harus akui,

Kehendak dan keperluan adalah tidak sama..



Subhanallah,

Kuatkanlah daku untuk mengharungi dugaan ini..


Keluarga impian kami..


Habib sayang..

Sekian sahaja coretan dari ummi.

Doakan ummi ye sayang,

Moga Allah kuatkan ummi sepanjang tempoh mengandungkan adikmu ini,

Sepertimana ummi kuat ketika melahirkan mujahid sepertimu dahulu.

Dan semoga Allah kuatkan ayah juga,

Untuk menghadapi situasi seperti ini lagi..



Habib sayang,

Jangan nakal-nakal, naa..

Jadi anak yg soleh, naa…

Ummi ayah sayang sangat habib…


..Salam sayang dari ummi dan ayah..

0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner