Tuesday, July 6, 2010

Rindu kampung halaman..

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum wbt,

Mujahid islam yang suci..



Kaifa haluka ya bunayya?

Semoga khalifah kecil ummi dan ayah sentiasa sihat walafiat hendaknya,

Dgn nur iman dan islam yg mulia.

Amin.



Sayangku,

Sejak beberapa hari,

Ummi terlalu rindu untuk pulang ke kampung halaman.

Ummi rindu untuk merasai angin pagi disana.

Ummi rindu air yang sejuk, udara yang segar.

Ummi rindu pada semua..



Alahan yang semakin teruk saban hari menjadikan

badan ummi cepat lemah dan kepenatan.

Tidak bermaya dan muka seakan pucat.

Tak tahu lagi apa yg harus ummi lakukan.



Setiap pagi,

Usai solat subuh,

Ummi akan muntah-muntah dahulu.

Sehingga ummi tidak terdaya untuk menghantar ayah ke muka pintu sebelum ayah ke pejabat.

Mujurlah ayah sangat memahami situasi ummi.

Ayah juga pulang lebih awal dari biasa,

Semata-mata mahu menemani ummi dan menjaga Habib.



Ummi rindu untuk memasak,

Namun alahan ummi kali ini,

Sampaikan etrbau masakan sahaja,

Ummi sudah muntah.

Kasihan ayah, ayah yang selalu belikan lauk.



Setiap hari,

Ayah akan buatkan ummi air buah yg segar.

Kata ayah,

Untuk baby dalam perut,

Agar cukup zatnya.



Adakala ummi segan sangat dengan ayah,

Tapi ayah langsung tidak kisah.

Kata ayah,

Ayah memang suka buat semua tu.

Ummi tahu,

Ayah memang seorang yang suka membantu.

Itulah sifat ayah yang sangat ummi kagumi.



Setiap pagi juga,

Ummi akan pastikan agar ummi makan dan minum.

Kalau dulu, ummi tidak suka bersarapan, cukup hanya menemani ayah bersarapan.

Tapi baby kali ini mengajar ummi untuk bersarapan,

seawal 6.30 pagi pula tu.

Aduhai, rajinnya baby ummi ini..:)



Habib sayang,

Insyallah kalau diizin Allah,

Khamis ni kita pulang ke kampung.



Habib pasti suka bertemu

Tok Ma, Tok Ayah, Nenek, Cik Lah. Ayah Su dan Ayah Raf.

Setiap hari mereka menelefon ummi bertanyakan bila Habib nak pulang.

Sabar ye sayang..

Nanti kita jumpa mereka..



Sampai sini sahaja coretan ummi.

Ummi tak terdaya untuk mencoret sebanyak mungkin.

Ummi akan cuba untuk mengemaskini laman diari mujahid ummi ini,

Seandainya ummi terdaya, ye sayang..



Be A Good Boy, my dear..

We love you so much..



..Salam sayang dari ummi dan ayah..

0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner