Tuesday, January 5, 2010

Hari yang dinanti..





Akhirnya, hari yg dinanti tiba juga. Tengahari itu, saya dan suami ke hospital utk membuat pemeriksaan, memandangkan saya dah mula rasa sakit. Yang kelakarnya, pagi itu kami sempat test drive kereta Cherry, ronda sekitar Kota Bharu. Teringat kata2 salesman disitu, 'saya rasa, akak ni macam dah nak bersalin je.' hehe Saya dan suami hanya tersenyum. Tak sangka rupanya, memang betul.


Setibanya di hospital,saya dimasukkan ke labour room. Setelah diperiksa, doktor kata saya mungkin dah tak lama lagi. Lalu saya dipindahkan ke wad bersalin. Kata orang, banyakkan berjalan akan memudahkan proses bersalin. Ya, kalau dikira, memang dah lama saya naik haji. Tak terkira berapa banyak saya mundar mandir dlm wad tu, cukup tawaf. hehe.


Melihatkan jam hampir pukul 3pm, lantas saya tunaikan solat zohor. Akhirnya selesai solat, saya mula rasa sakit. Perut seperti memulas. Selang beberapa minit baby bergerak, saya akan berasa sakit. Lantas nurse menyuntik saya dgn ubat painkiller. Dan mata saya mula berasa mengantuk walaupun masih berasa sakit. Dan sepanjang itu juga, suami tetap setia disisi, tidak berganjak ke mana2.




Sepanjang menahan sakit itu juga, mulut saya tidak berhenti2 membaca doa mudah bersalin..


'La ilaaha illa anta, inni kuntu minazzolimin.'


'hasbiyallah nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nasir'


'u'izuhu billahi ahadissomad, min sharrizi kulli hasad.'






itulah antara doa yg saya amalkan. Akhirnya, sekitar 9 malam, saya kejutkan suami yg terlena di pangku lengan saya untuk menemani saya ke tandas. Kebetulan ibu saya ada bersama, lantas dia menyuruh suami saya memanggil nurse. Terkejut apabila nurse datang dgn menyorong kerusi roda, saya berkeras tidak mahu duduk. Saya katakan ingin ke tandas, sedangkan nurse menyuruh saya ke labour room. Apabila dia katakan yg saya akan bersalin, saya menidakkan. Sebaliknya saya berkeras mahu ke tandas. Suasana kelam kabut ketika itu bertukar dg gelak tawa. Lucu pula rasanya, maklumlah. ini pertama kali bersalin anak sulung. hihi




Ketika duduk di kerusi roda itu, suami sempat menyuapkan saya dgn 2 biji telur separuh masak yg dibuat suami ketika saya tertidur tadi. Kata orang tua, telur boleh memberi tenaga semasa meneran baby keluar. Benar kata orang, bila dah sakit bersalin, memang dah tak lalu makan. Dan saya terpaksa menelannya dg tekak yg panjang, telur yg tawar pun rasa pahit. huhu




Sampai di labour room, suami setia disisi. Tangan kanan saya digenggam seeratnya. Telinga saya hanya mendengar kalimah suci dan doa2 yg dibisikkan suami ditelinga. Dan ibu saya pula tetap setia memicit-micit kaki saya. Waktu itu, saya benar2 sakit. Namun saya masih sempat meminta pada nurse untuk ke tandas. Saya katakan yg saya benar2 mahu membuang air besar sebelum saya bersalin. Tergelak nurse2 yg ada disitu. Lantas mereka sempat bergurau dg saya, 'kalau tak tahan, teran ajelah kat situ.' Aduhai, rasa nak menangis pun ada. Bukan kerana sakit, tapi sebab tak tahan nak buang air besar. haha Masih saya ingat, doktor yg kebetulan sedang menyiapkan alatan untuk bersalin sempat memberitahu, 'Eh, betul ke nak bersalin ni? Sakit tak? Tak bunyi suara pun dia.' huhu Nak tahu? Dlm kepala saya masa tu hanya menjawab, 'nak teran buang air besar takkan la nak kena bunyi suara..? malula saya..' huhu


Sungguh! Masa tu bukan saya bayangkan sakit bersalin. Tetapi rasa seperti sembelit yg tak tertahan lagi.


Sedang saya menahan sakit, tiba2 terdengar suara doktor mengatakan, air ketuban saya dah pecah dan kepala baby dah mulai nampak. Suami di sebelah saya sudah mula mengalirkan airmata. Masih terasa genggaman tangannya yg kemas pada tangan saya. Dan ketika itulah, suami saya membisikkan ditelinga, ' Sayang, abang redha segalanya pada sayang. Abang halalkan makan minum sayang.'


Saat itu, bukan sakit yg dirasa, tapi kesyahduan hati yg menyelinap dijiwa membuatkan airmata saya semakin kuat mengalir. Ya, itulah rahmat yg saya cari selama ini. Benar kata orang, ketika bersalin, carilah rahmat Allah dan rahmat itulah yg ada pada suami yg akan menyelamatkan kita.


Maha Suci Allah Yg Agung. Doktor mula mengajar saya cara untuk meneran. Dan saat itu, suami saya mula mengalunkan azan tanpa henti. Segenap ruang kedengaran azan yg bergema, Allahu Akbar!Allahu Akbar! Alhamdulillah, selepas dua kali saya meneran, tepat 1.48 pagi, kedengaran suara tangisan bayi yg begitu syahdu. Tak putus2 saya mengucapkan syukur, dgn linangan airmata, saya kucup tgn suami yg pantas memeluk saya. Dengan nada sebak suami membisikkan kata2, 'Terima kasih, sayang. Alhamdulillah, semuanya selamat.'

Sungguh saya dapat rasakan, suami menangis gembira. Tangisan bayi yg masih kedengaran waktu itu meruntun hati saya yg sayu. Syukur pada Allah, bayi saya akhirnya melihat dunia.




"Anakku, syukur pada Allah, kerana menganugerahkan mu pada ummi dan ayah.


Hanya Tuhan yg tahu, betapa gembiranya kami menyambut kelahiranmu didunia ini. Ummi dan ayah berjanji akan mendidik mu dgn sempurna.."




Selesai dimandikan, nurse meminta suami saya untuk mengazankan bayi kami. Ketika tangan suami memangku bayi, terbayang2 dimata saya kini, ketika itu, suami mengangkat mukanya ke langit, menahan airmata yg mula berlinang di pipi, lantas dikucup mesra bayi kami. Dgn lafaz bismillah yg mulia, suami mengalunkan azan di telinga bayi. Saat itu, suasana bilik labour room bertukar hiba. Sayu hati yg mendengar, ketika azan yg dilaungkan suami dalam nada yg cukup sebak. Takkan saya lupa detik manis itu..


Malah sempat saya terdengar kata2 nurse disitu, ' Ya Allah, takleh dengarla azan ni. Kita pulak yg menangis ni.'




Sampai sahaja di bilik wad, ibu dan ayah saya sedang menanti gembira. Malah ayah saya sempat mengucup pipi saya, mengucapkan tahniah bergelar ibu dlm nada sebak dan juraian airmata yg turut membasahi pipi saya. Ya Tuhan, bahagianya saya ketika itu..




Alhamdulillah, akhirnya, apa yg dinanti telah tiba. Anak saya selamat dilahirkan dgn sihatnya, seberat 3kg, lelaki,tepat pukul 1.48am di Pusat Perubatan AnNisa', Kota Bharu dan bernama..

'Muhammad Habib Tajuddin bin Mohamad Russaini.'




"Anakandaku Habib yg amat umi dan ayah kasihi..


it's nice to share the joys of life with someone dear as you.

The up's and down,

the smiles and frowns,

the cares and the problems too.

it's nice to share our hopes and dreams.

And all that comes our way with a love that you and us,

we know grows deeper day by day!


Semoga hidupmu bersinar dgn keimanan, hatimu menggunung keikhlasan, jiwamu terhibur dgn kalimah Tuhan dan akhlakmu seindah AlQuran.

Sesungguhnya ummi dan ayah amat mengasihimu, anakku."

1 comments:

farieha said...

such a touching love story ummi habib..habib sayang, nnt besar2 jadi anak soleh n dengar kata ummi n ayah kamu yea..aunty sayang kamu!!

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner