Saturday, February 6, 2010

Habib hari ini..


"Dunia Habib sudah bermula.."


Assalamualaikum wbt, Habib sayang..
Apa khabar iman anak umi hari ini? Kullu am wa antum bikhair..insyaallah. Umi dan ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan Habib sebagai mujahid yg sejati,amin.

Alhamdulillah,malam ni umi berkesempatan mencoretkan beberapa coretan untuk perkembangan Habib hari ini. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, tapi umi masih bersemangat untuk menaip memandangkan Habib pun dah tidur, dan waktu inilah yang terbaik untuk umi mengedit serba sedikit blog Habib ni.

Masa menaip ni gak, umi jeling-jeling pada Habib yang sedang tidur lena dalam pangkuan ayah. Wah, syoknyer Habib bila ayah peluk ye. Hmm,syukurlah Habib tak banyak kerenah sepanjang umi dan ayah menjaga Habib sejak lahir. Bahkan kata ayah, kalau dapat anak sepuluh macam Habib pun ayah sanggup jaga.. Subhanallah! Semangat betul ayah kan, Habib? Hehe.. Insyallah..

Habib sayang,
Alhamdulillah, hari ini Habib dah genap 4 bulan menyusuri alam kurniaan Allah ini bersama umi dan ayah. Macam-macam yang terjadi sepanjang umi dan ayah mengasuh Habib, lebih-lebih lagi melihat perkembangan Habib dihadapan mata kami. Sepanjang 4 bulan ni jugak, umi nak kongsikan beberapa perkembangan Habib.

Pada 1 Januari lepas, pagi Jumaat, ayah buat pertama kalinya memotong dan mencukur rambut Habib untuk kali kedua. Masa tahnik dulu, sepupu umi, Abang Mi yg cukurkan. Masa tu, ayah hanya memerhatikan dulu sebab ayah tak biasa cukur kepala baby. Kali ni, ayah yang cukurkan. Wah,botak licin habis kepala Habib. Macam Shaolin soccer pun ada. kihkihkih.. Comel!

Esoknya pula, 2 Januari 2010, Habib mengejutkan umi apabila tiba-tiba pagi itu, Habib dah boleh meniarap dengan cubaan kali pertama! Subhanallah, ringan badan Habib. Usia 2 bulan lebih dah boleh meniarap. Terus umi telefon ayah di pejabat, sampaikan ayah tak sabar nak balik tengok Habib meniarap. Apalagi, malam tu seronok ayah main dengan Habib, siap gelak-gelak lagi.huhu..

 
Habib sedang meniarap..semangat tu!

Sejak dari tu, pantang umi letak Habib atas tilam, cepat je badan nak meniarap. Masa tu gak, umi call Tok Ma dan Tok Ayah kat kampung. Terkejut Tok Ma dengar Habib dah boleh meniarap. Apalagi, bertambah rindu la Tok Ma, Tok Ayah dan nenek dengan Habib. Tak sabar diorang nak main-main dengan Habib lagi. Dan Alhamdulillah, seminggu lepas tu kita balik kampung, seronok sungguh diorang dengan Habib. Masing-masing berebut nak pegang Habib. Malah Habib soleh je, tak nangis pun. Tapi siap gelak-gelak lagi. Wah..


Dan harini, 5 Januari 2010, Habib mengejutkan umi dengan ayah lagi bila Habib cuba mengengsot badan Habib ke depan, cuba menolak dengan kaki untuk mencapai telefon umi yang kat depan Habib masa tu. Subhanallah! Cepatnya perkembangan anak umi ni. Terlopong mata umi tengok Habib tadi. Macam tak percaya je. Alhamdulillah..


Ramai yang kata, Habib jenis yang 'ringan' sebab cepat meniarap. Alhamdulillah.. siapa sangka kan? Umi pun syukur sangat, Habib benar-benar membuatkan umi dan ayah bahagia..


Habib celik IT..!


Dan gambar ni pulak.. Subhanallah! Anak umi dah pandai menaip komputer. Malah dah pandai ber'ym' dengan sahabat-sahabat umi. Bukan tu aje, Habib sekarang dah pandai. Kalau umi tengah ym dengan kawan, sibukla nak ym jugak. Sampaikan nangis-nangis, merajuk. Once bila bagi keyboard kat Habib, terus senyap. Makin seronok menaip pulak tu. Aduhai, sayang umi ni..hihi


Dan kalau nak tahu, masa ni umi snap gambar Habib masa Habib tengah ym dengan Auntie Hidayah Hamdan. Wah! Seronok plak tu ym, sampaikan Auntie tak puas borak dengan Habib, biarpun kami berdua langsung tak faham apa yang Habib tulis. kihkihkih.. Tapi takpe. Anak umi sedang belajar kan, belajar untuk tulisan abstrak. hehe .. Dan Tahniah gak untuk Auntie Dayah sebab sabar melayan Habib masa tu. Habib, ucapkan terima kasih pada auntie ye! Alhamdulillah..
Bukan dengan auntie Daya je, malah Habib sempat gak ym dengan Auntie Lina yang duk kat UDM tu, sedang rindu sangat kat Habib. Wah.. seronoknye Habib ramai peminat ye. Jeles umi tau..huhu


Hmm..nampaknya sampai sini dulu coretan umi hari ni. Sekarang dah hampir pukul 2 pagi. Kasihan ayah, dah tertidur sambil peluk Habib. Walhal tadi umi temankan ayah study malam ni. Umi pun nak rehat dulu ni. Esok pagi kita akan ke Kuantan untuk temankan ayah ada exam petang esok disana.


Habib sayang, sama-sama kita doakan moga ayah lulus dalam ujian itu nanti, insyaallah. Umi doakan, moga ayah dapat melakukan yang terbaik. Paling penting, semoga Allah kuatkan ayah untuk memandu sepanjang perjalanan pergi dan pulang, selamat tiba dengan baik, insyaallah.


Good Luck, Abang!
Sarah dan Habib sentiasa doakan kejayaan dan kesejahteraan Abang.
Moga Allah membantu Abang, mengiringi perjalanan kita dengan selamat, amin.

Okey Habib sayang. Umi dah mengantuk. Mata Umi dah start layu, jeles betul tengok Habib tidur dengan ayah tu. Nanti kita sambung lagi.

 ..Salam sayang dari umi dan ayah..


0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner