Friday, March 19, 2010

Syafakallah, Kak Eila..

Assalamualaikum wbt, anakanda soleh yang sangat umi dan ayah kasihi..

Kaifa haluka ya bunayya? 
Ummi dan ayah sentiasa doakan,
 moga Allah berikan kesihatan yang baik serta akal fikiran yang cerdas buat buah hati mujahid sejati
umi dan ayah ini, amin.

Subhanallah!
Hari ini, Habib kurang sihat sedikit.
Ada sedikit batuk-batuk namun Habib tetap aktif dan bertenaga.
Ummi dan ayah sudah pun membawa Habib ke klinik.
Alhamdulillah, batuk Habib tidak serius.
Cuma kadang-kadang sahaja Habib terbatuk.
Namun ayah tetap risaukan Habib.
Sampaikan ayah bergegas pulang ke rumah bila mendengar suara Habib sayup-sayup batuk ketika ayah menelefon umi dari pejabat.
Sampai sahaja dirumah, lantas ayah meriba dan memeluk Habib.
Bertalu-talu pipi Habib kene cium kat ayah.
Tak terpandang pun umi kat sebelah masa tu. hehe..

Subhanallah, sayangnya ayah padamu, anakanda Habib.
Betapa kasihnya ayah, pada insan bernama Habib Tajuddin..
Dan alhamdulillah, Habib sudah beransur sihat.
Ayah yang menjaga, tak lekang dari pelukan ayah.
Malah Habib hanya beralih tangan dengan ummi bila menyusu.
Syafakallah, ya Bunayya..:)


Habib sayang,
 pagi tadi umi menerima panggilan dari Tok Ma,
mengkhabarkan tentang keadaan Cik Long Habib iaitu kakak ipar sulung umi.
Subhanallah, terkedu hati umi bila mengetahui keadaannya yang tiba-tiba dimasukkan ke hospital.
Setelah diselidiki, rupanya Cik Long disahkan mengandung 'kandungan luar rahim' setelah hampir 3 bulan lebih usia kandungannya.

Terkedu hati ummi mendengarnya.
Terbayang wajah gembira Cik Long dulu semasa disahkan hamil anak ketiga ini.
Malah semasa ummi ucapkan tahniah dulu,
kata Cik Long,
"A'yah, doakan Kak Eila ye. Kak Eila nak sangat baby macam Baby Habib. 
Teringin menimang baby boy pula."

Terngiang-ngiang kata-kata Cik Long itu di telinga ummi.
Terbayangkan kesedihan yang dialaminya juga,
 kehilangan baby yang sangat dinanti-nantikan setelah hampir 4 tahun menanti.
Namun perancangan Allah lebih mendahului dari perancangan kita.
Allah Maha Besar, Allah Maha Agung.
Subhanallah!


Kak Eila ( Cik Long ) dengan Dik Izzati dan Tok Ma semasa Labbaikallah Tok Ma dan Tok Ayah

Habib sayang,
ummi faham bagaimana perasaannya kehilangan anak yang dinanti-nantikan sekian lama.
Walaupun umi tidak pernah mengalaminya,
namun hati umi sebagai seorang ibu bisa merasainya jua.
Apatahlagi Cik Long yang terlalu baik, sukakan kanak-kanak dan penyayang orangnya.
Tentu lebih merasai berbanding ummi.

Namun begitu,
ummi bersyukur jua.
Cik Long dan Ayah Long tetap bertuah kerana dikurnia dua orang puteri yang sangat comel,
Kak Long dan Dik Izzati.
Periang, peramah dan sangat ceria.
Biarpun belum masanya dikurnia cahaya mata lelaki,
syukur puteri-puteri itu menjadi penyeri.


Kak Long dan Adik Izzati

Sabar ye Kak Long dan Dik Izzati.
Jangan sedih tau!
Mungkin belum masanya untuk Kak Long dan Adik Izzati ada baby boy.
Jangan risau, baby Habib pun baby Kak Long dan Izzati jugak tau!
Baby Habib pun suka ada kakak-kakak macam Kak Long dan Kak Izzati ni.
Baik dan suka cium-cium Habib.. hehe :)

Alhamdulillah, umi juga sempat bertanya khabar Cik Long pada Ayah Long tadi.
Syukur Cik Long tak pape,
Cuma Doktor hanya menebuk sedikit untuk mengeluaran 'biji anggur' tersebut dan mencucinya.
Dan Insyallah, Cik Long masih boleh mengandung lagi.
Alhamdulillah!

Ayah Long dan Cik Long serta Ayah Su dan Cik Lah

Habib sayang,
Tadahkan tanganmu bersama ummi dan ayah.
Doakan moga Allah kuatkan Cik Long sekeluarga,
agar tabah menghadapi tiap ujian dan dugaan ini.
Moga Allah kurniakan kesabaran, juga mengurniakan baby lagi untuk Cik Long, amin.

Syafakallah, Kak Eila..
Sarah dan Abg Russaini doakan,
 moga Kak Eila tabah dan dikuatkan hati.
InsyaAllah, Allah pasti kurniakan baby boy nanti untuk Kak Eila dan Abg Jurij.
Moga keberkatan Kak Eila menjaga Baby Habib dulu semasa Sarah dalam pantang mengalir sejuta rahmat dan anugerah yang agung, amin.


Dan kini,
tinggal Kak Nazmin yang bakal menimang baby baru iaitu adik pada Iman
pada pertengahan September nanti.
Kalau sebelum ni, Kak Nazmin dan Kak Eila yang dijangka melahirkan baby pada minggu September yang sama.
Tapi sekarang tidak lagi.
Insyallah, moga Allah juga kuatkan Kak Min yang sedang mengalami alahan yang agak teruk,
demi baby yang tercinta.


Kak Nazmin dan Adik Iman Shahdan


Tahniah, kak!
Hampir 4 tahun menanti, akhirnya dikurnia juga baby selepas Iman.
Insyalah, moga kelahiran kali ini membawa seribu keberkatan. amin.



p/s: Habib sayang, Habib bakal dapat sepupu tau! Seronoknya...
       Say Alhamdulillah, sayang..:)


..Salam sayang dari umi dan ayah..

0 comments:

 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner