Thursday, June 17, 2010

Aksi si manja Habib dengan hadiah dari Mummy Ina..

Assalamualaikum wbt.

Mujahid sejati ummi yang soleh..

Alhamdulillah,
coretan ummi kali ini sekadar mahu berkongsi
aksi Habib ketika memakai hadiah dari sahabat karib umi,
Mummy Ina yang telah bersusah payah mengepos dan
menghadiahkan habib baju dan seluar yang sangat comel.

Ucap apa sayang?
'Terima kasih, mummy..
Habib sayang mummy..'

Alhamdulillah,
solehnya mujahid ummi ayah ini..

Oklah.
Jom kita layan gambar-gambar ni ye..


Baju merah dan seluar pants ladybird yg comel..



jeng jeng jeng... posing maut dari anak ummi..hehe



center kan ladybird tu kat diapers Habib? hehe..



ececece... hensemnya little caliphs ni..



santai dan sempoi.. hehe..



terima kasih ye dik,
susah-susah je belikan untuk Habib.
Insyallah,
kita pasti akan dipertemukan nanti.
Akak dan Habib akan sentiasa doakan.
Yakini,
Ukhwah fillah itu sangat indah,
lebih-lebih lagi mengenali insan sepertimu..

Terima kasih, dik..
Love u forever..


Syafakallah ya bunayya..

Assalamualaikum wbt.

Kaifa Haluka ya habibi bunayya?

Ummi dan ayah sentiasa mendoakan, semoga mujahid sejati ummi ayah ini dikuatkan semangat dan hati, untuk mengaharungi kehidupan seharian, apatahlagi menikmati kehiduupanmu sbg daie dgn nikmat iman dan islam yg mulia, amin.



Subhanallah,

Maafkan umi, sayang.

Terlalu lama ummi meninggalkan diari little calips ini sehingga hampir ummi terlupa untuk mencoret kisah seharianmu.

Mujur teman-teman ummi sentiasa mengingatkan umi, agar tidak ketinggalan mengupdate perkembangan Habib dari semasa ke semasa.



Habib sayang,

Maafkan ummi.

Bukan ummi sengaja, namun ummi benar2 kesuntukan masa.

Ditambah pula, Allah izin permata hati ummi ayah ini demam selama beberapa hari, sebanyak beberapa kali, malah dalam tempoh hanya dua, tiga minggu sahaja.

Dari satu sudut,

Allah Taala mahu menguji umi dan ayah,

Menduga kami bagaimana menjaga dan mendidik khalifah kecil ini dgn erti ketabahan dan kekuatan,

Agar dirimu kelak lebih kuat, semangatmu lebih kental dan jiwamu lebih tabah menghadapi setiap dugaan dan cabaran, termasuk ujian Allah swt.


pic kabur kerana guna kamera komputer. sangat sedih..huhu



Syukur Alhamdulillah,

Mujahid ummi dan ayah ini benar sangat hebat,

Biarpun kamu diuji dengan kesakitan,

Namun kamu masih mampu tersenyum dan tertawa,

Membawa bahagia untuk ummi dan ayah,

Untuk kami kumpulkan sedikit semangat dalam menjagamu,

Dan ternyata,

Senyumanmu sahaja sudah cukup menjadikan kami sangat bahagia,

Semangat semakin kuat untuk menjagamu,

Mendidik kamu menjadi daie yg sejati..



Habib sayang,

Sejak akhir-akhir ini,

Ummi perasan yang berat badanmu semakin susut.

Biarpun doctor mengatakan beratmu masih dikategorikan sebagai sihat,

Kerana sesuai dengan usia dan pemakananmu yang masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya,

Namun jauh di sudut hati ummi,

Hati ini sangat sedih, sayang.

Bukan ummi tidak mensyukuri,

Namun hati ibu bukan seperti hati orang lain.



Ummi tahu,

Sekarang Habib dalam proses untuk belajar berdikari.

Seawal usia 8 bulan,

Habib sudah boleh berdiri dengan sendiri,

Duduk dengan sendiri dan meniti di kerusi,

Mengatur langkah ssambil mencapai apa-apa yang boleh dijadikan tempat bergantung.

Pantang Habib didudukkan,

Cekap sungguh anak ummi ini bangun sendiri.

Ramai yang kagum dengan Habib.

Disangka dirimu kecil, hanya mampu meniarap.

Namun apabila ditanya perkembangan mu,

Ternyata mereka memujimu.

Semangat dirimu yang kuat membuatkan Habib mampu mengatasi orang lain.

Mabruk, ya bunayya..



Habib sayang,

Sekarang ummi cuba menyediakan sudut khas Habib dirumah.

Sudut yang digunakan untuk bermain, sekaligus belajar untuk mencuba sesuatu yang baru.

Ummi cuba mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa untukmu.

Alhamdulillah,

Habib sangat suka.


Terkadang tanpa sedar,

Ummi dapat menangkap suara Habib sayup-sayup di ruang tamu,

Sedang menepuk-nepuk huruf Abc dan huruf jawi yang ummi tampalkan didinding rumah.

Ummi dapat merasakan,

Mulutmu yang riuh itu sedang membaca dan mengenali huruf2 itu.

Alhamdulillah..



Mujahid kami yang sejati,

Sudah 8 bulan,

Gigimu masih belum tumbuh.

Namun ummi tidak kisah.

Kerana dirimu membesar dgn baik sekali.

Malah, semenjak Habib mula mempelajari sesuatu,

Habib menunjukkan daya upaya yg sangat teruja.



Insyallah sayang.

Ummi dan ayah akan sentiasa mendoakan,

Semoga mujahid kami ini,

Diberi Allah semangat yg jitu,

Jiwa yg kuat,

Hati yang tenang dalam mengingati Allah,

serta iman yang kukuh untuk menjadi seorang daie yg sejati.

Amin.



Sekian dulu coretan ummi.

Masa sangat mencemburui.

Insyallah, nanti ummi update lagi ye sayang.

Syafakallah, ya bunayya.

Cepat baik, ye sayang.

Ummi rindu dirimu yang sihat..

Tabahkan hati ye..



Sesungguhnya,

Ummi dan ayah sangat menyayangimu..

Terlalu menyayangimu dan

Sentiasa menyayangimu..

Infiniti…


ummi ayah sayang kamu..



..Salam sayang dari ummi dan ayah..

Monday, May 31, 2010

@ Contest :: 'Baby & CD'

STICKY MODE!
Untuk entry baru sila scroll ke bawah ye. Terima kasih.:)


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,
Sempena Mother Day's Sale, Seri Anggun Shop nak buat Contest 'BABY & CD' bermula 1-31 May 2010.


Untuk kesekian kalinya,
umi nak join contest dari blog Puan Yuniza yg telah bermurah hati
menganjurkan Contest Baby & CD ni.

Secara kebetulan,
umi memang ada koleksi gambar Habib ber'cd' yg latest.
Alhamdulillah,
ini dia gambar yg umi pertaruhkan..

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Nama Ibu : Siti Maisarah binti Hj Saifuddin Al-Ahmadi
Nama Anak : Muhammad Habib Tajuddin bin Mohamad Russaini
Umur Anak : 7 bulan (DOB : 6 okt '09)

Kepada Puan Yuniza,
gambar ini diambil ketika baby saya sedang main bola angin yg baru ayah dia belikan.
Alhamdulillah,
perkembangan dia sangat menggembirakan saya dan suami.
Seusia hampir 3 bulan, dia sudah boleh meniarap,
merangkak ketika 4 bulan dan boleh bangun berdiri dan meniti di kerusi ketika usia 6 bulan.
Baby saya memang menggunakan cloth diapers sejak bayi lagi.
Alhamdulillah,
saya suka menggukana cloth diapers kerana cloth diapers menyelamatkan bumi kita serta menjimatkan kewangan kami sekeluarga.
Kerana cloth diapers juga, keluarga saya sangat menyukainya dan bersepakat menggunakannya.
No more pampers!
Harap2 Puan Yuniza berpuas hati dgn gambar ini.
Terima kasih ye kak.


Kepada sesiapa yg ingin menyertai contest ini bolehlah lawat ke blog Seri Anggun Shop.
Cepat! Cepat! :)



Friday, May 14, 2010

@ Contest :: 'Baby with Soother/Feeding Bottle'

Bismillahirrahmanirahim.

Teruja jugak umi nak join contest dari blog Kak Nurul ni.
Keterujaan ini gara-gara terbaca contest dari blog Kak min.
Anyway, tq kak min ye.

 sempena ulang tahun permata hati Kak Nurul yg pertama.
Kata Kak Nurul, contest ni sebab Kak Nurul nak stop Anakanda Khalish
yang tersangatlah attach dgn putingnya sejak umur 2 bulan lagi.

Jadi, umi juga teruja nak join.
Memandangkan Baby Habib adalah full breastfeeding baby,
 jadi untuk pengetahuan Kak Nurul,
saya sertakan gambar Baby Habib yg menggunakan botol
yg diisi dengan air zam-zam untuk diminum..
Ini dia gambar yg umi pertaruhkan dan
harapnya Kak Nurul sudi menerima penyertaan umi ini ye..:)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Nama Anak : Muhammad Habib Tajuddin bin Mohamad Russaini
Tarikh Lahir : 06 Oktober 2009


Seterusnya,
umi nak tag kawan2 umi iaitu :
*
*
*
*
*
*


Jadi,
sesipa yg nak join bolehlah ke blog Kak Nurul ye..
Tatikh tutup : 6 Jun 2009

Sekian..:)



Saturday, April 24, 2010

Dia anakku yang soleh..

Assalamualaikum wbt,
ya habibi little khalifatullah..:)

Kaifa haluka ya bunayya?
Umi doakan moga Baby Habib umi dan ayah ini,
sentiasa sihat dan ceria selalu,
sejahtera menghadapi dan meniti usiamu yg semakin meningkat dewasa,
berbumbungkan keberkatan dari Allah Yang Maha Esa, amin.



Permata hati soleh umi dan ayah...

Alhamdulillah,
sekian lama menanti,
akhirnya siap jugak kopiah kait Habib yg
umi dan ayah tempah khas utk Habib soleh kami.

Sekalung jutaan terima kasih tak terhingga untuk Kak Rohani sebab berjaya siapkan kopiah Habib ni.
Cantik sangat2, akak!
Memang comel dgn Habib..hehe..
Seronok tengok dia pakai!

Subhanallah, 
masa kopiah tu sampai,
memang umi gembira sangat2.
Terus umi pakaikan kat kepala habib.
Dan..Subhanallah!!
Comelnyer....

Habib senyum dapat kopiah baru..:)

Alhamdulillah,
sekarang Habib dah ada 5 helai kopiah untuk Habib pakai
semasa keluar jalan-jalan dengan umi ayah.
2 helai kopiah bernama dan 3 helai lagi yg ayah kirim
dari sahabat ayah semasa dia pulang ke Indonesia baru2 ni.
Subhanallah, comel sangat anak umi ni bila pakai kopiah tau!
Kata ayah,
ayah nak ajar Habib pakai kopiah,
sukakan pakaian islam dari kecil sehingga besar.
Alhamdulillah,
memang sejak kecil umi sudah pakaikan Habib kopiah bila keluar dari rumah.

Kata ayah juga,
terkadang ayah malu sendiri apabila Habib kecil2 lagi sudah pakai kopiah.
Sejak ayah kahwin, ayah memang tak tinggal kopiahnya sampai ke mana2.
Alhamdulillah,
umi nak Habib pun macam ayah juga,
suka berkopiah walau ke mana sahaja.
Ye sayang? :)

Syukur juga pada Allah Taala,
sebab Habib memang suka pakai kopiah.
Asal umi sarungkan ke kepala Habib,
terus Habib senyum sampai nampak gusi tu ha.
Ahaks, memang comel!
hihi..


Habib berkopiah semasa usia 4bulan..:)
Kopiah hadiah dari sahabat ayah di Indonesia..

Sekarang ni,
kalau umi dan ayah bawa Habib ke pasaraya,
atau ke mana sahaja,
ada je orang yg berhenti, tegur dan sapa Habib.
Kata diorang,
Habib comel sangat sebab pakai kopiah.
hihi..

Terkadang tu,
umi dan ayah terpaksa layan orang yg entah dari mana tu, 
tunggu sampai dia puas main dgn Habib,
baru sambung pilih barang.
Sebab tu sekarang ni,
ayah yg dukung Habib sebab ada yg sampai cium-cium Habib,
even lelaki.
huhu..
Apalagi, seronok sungguh Habib. hehe..

Teringat masa gi Kuantan haritu,
shopping kat pasaraya.
Ada sorang lelaki cina tu tiba2 datang kat ayah yg tengah sorong stroller Habib,
siap suruh ayah tunggu jap, dia nak main dgn Habib.
Apalagi, dia gelak2 dgn Habib sampai dia kata baby habib ni klalau dapat jadi anak dia mmg best!
haha..
Menangis umi ayah nanti kalau org pinjam Habib tau!~ngeee..:)

Pastu lak,
masa singgah kat medan selera di Mydin Kuala Terengganu,
masa kitorang nak makan Nasi Kukus Paka yg jual kat situ,
kawan ayah yg jadi tauke kedai tu,
memng seronok jumpa Habib, main2 dgn Habib.
Yang umi gelaknya,
isteri dia siap mintak dgn umi,
suruh umi dan ayh tinggalkan Habib kat dia sementara umi ayah membeli belah.
haha..
Tapi masa tu kita kesuntukan masa.
Tak dapat la acik tu main dgn Habib lama2.
Ucap apa sayang?
"Maafkan Habib ye, acik.
nanti lain kali kami datang lagi ye.."


Habib terkejut masa umi snap gambar..hihi...

Oklah Habib sayang.
Sampai disini dulu.
Dah nak dekat waktu asar,
umi nak bersiap solat asar dulu.
Nanti ada masa umi coret lagi kisah Habib ye sayang?.. hehe

Semoga Habib menjadi Bayi yg soleh,
khalifatullah yg sangat mencintai pakaian dan sunnah Nabi saw,
tidak gentar menghadapi pihak musuh islam sekalipun dikecam dan
dikurnia hati yg cintakan jihad. amin..


 
My little khalifatullah yg comel..hehe



psst : lepas umi publish gambar Habib berkopiah kat facebook, ramai pulak yg tempah dgn umi untuk kopiah anak diorang.Wah, seronok lak umi ni! hehe.. Tak sangka, ramai yg kata Habib comel..hehe..amin.


Salam sayang dari umi an ayah untuk mujahid sejati kami..

@ Beautiful Blogger Award from Kak Aiedah ::

Bismillahirrahmaanirrahimm...


Assalamualaikum wbt.
A special thanks to Kak Aiedah becoz hadiahkan umi Beutiful Blogger Award ni.

Subhanallah,
 first time umi dapat award ni.
Berbunga2 hati umi,
sebab sepanjang 6 bulan ini kali pertama umi dapat award ni.
Wah,bestnya... hihi
Tak sangka!

Terima kasih, Kak aeidah.
Sarah suka sangat!
hehe

Kata Kak Aiedah,
Umi kena past award ni kat blogger lain yg umi suka.
So, ini dia...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

That's all.
hehe

So,
kpd Kak Min, Adinda Ina and Kak Farah,
copy paste award ni kat blog kalian utk post baru.
Then say thanks to me..
(hehe, mcm paksa ucap lak..hoho)
Lastly,
past this award whom you want.

Ok my dearest sume?
hehe..

Tqq...

Salam sayang dari ummuhabib vs sarah..:)

Sunday, April 18, 2010

Habib is a full baby cloth diapers, no more pampers!

Assalamualaikum wbt,
kaifa haluka ya bunayya?
 Insyallah, barakallhufik fi hazal yaum..
aminn.

Semoga dirimu membesar menjadi daie yg soleh, sayang..

Alhamdulillah,
 post umi yg terbaru kali ni,
umi nak kongsikan tentang cloth diapers habib yg ayah belikan.
Alhamdulillah dah sampai petang kelmarin.
 Nak tengok tak?
Jom layan pic ni..hehe

8pcs QQMinky button and 2pcs SunnyBaby Minky velcro with free washing bag :)



and..transparent bag dgn setiap 2pcs cloth diapers..

Alhamdulillah,
memang berbaloi-baloi.
Untuk pengetahuan Habib,
lampin Habib ni ummi shopping dari Kak Eila.
Terima kasih utk Kak Eila yang memang baik hati dengan umi,
seronok deal dgn akak.
Mr Hubby bagitahu,
kalau nak shopping online untuk cloth diapers,
memang best lah.
hehe..
Thanks akak!
So, sape-sape yang nak shopping kat online cloth diapers tu,
for sure pilihlah Online Shoppe Kak Eila ni,
memang best!
Harga yg berpatutan dan urusan yang mudah, mesra dan telus..hehe

(Ehem, nanti dapat baby baru ke, leh la shopping lagi dgn akak. ahaks! :p)

Anyway,
Umi seronok sangat masa cd ni sampai.
Masa 'Uncle Poslaju' tu sampai umah, kita pulak keluar jenjalan dgn ayah kat Kuala Terengganu.
Terpaksalah umi mintak Auntie Ani jiran depan umah sign utk umi dahulu.
Sampai je umah maghrib tu, terus cepat-cepat pick up bungkusan cd tu dari umah auntie.
Tapi masa tu tak terus bukak,
umi siapkan makan malam untuk ayah dulu, baru ayah yang rasmi bukakan.
Bukak je, wah...seronoknya!
Cantik je kain cd QQ dan Sunnybaby ni.
Lembut sangat!

Teringat masa mula-mula nak beli dulu
puas survey kat internet ni untuk harga yang berpatutan.
Tapi kata ayah, kali ni bukan berpatutan,
tapi dah berbaloi-baloi lagi!
haha..kredit untuk my hubby!

Alhamdulillah,
Cloth diapers Habib pun dah banyak.
Ada brand Babyland, QQ Minky and SunnyBaby Minky.
Malah ada button and velcro lagi..:)

Kalau sebelum ni,
setiap kali travel jauh,
umi terpaksa pakaikan Habib pampers sebab takut tak sempat kering sepanjang bermusafir di negeri orang.
Selalu jugak umi terkejar-kejar untuk basuh cloth diapers Habib ini,
agar sempat Habib pakaikan cloth diapers untuk esok hari.

Alhamdulillah,
ayah kesiankan umi kot,
terbongkok-bongkok setiap malam dalam bilik air tu, 
basuh lampin Habib untuk hari ini,
basuh dan jemur bawah kipas.
Dengan harapan pagi esok kering, leh pakai lagi untuk seterusnya.
Mana tahu kalau-kalau Habib poo poo banyak kali, kang tak sempat pakai lak.

Tapi sekarang tidak lagi.
Ayah dengan baik hatinya membelikan lagi cloth diapers untuk Habib,
supaya nanti tak delah umi nak terkejar-kejar basuh lampin lagi tengah-tengah malam.
Hehe..makin seronoklah umi.
sekarang Umi boleh lah teruskan aktiviti seharian Habib dengan ber'cd'ing ni.



Habib sayang,
ucap apa kat ayah?
'Terima kasih, ayah! Habib sayang ayah! mmuuaahh!!
Semoga Allah merahmati ayah selalu, amin.'
:)


Latest photo Habib yang dah dilicinkan kepalanya Jumaat lepas..hehe


Hmm..
beberapa minggu lepas,
masa balik kampung di Kelantan,
sepupu umi sempat tanyakan pada umi,
camana jimat tak pakai pampers.
Sepupu umi ni anak dah 9 orang,
3 org yg pakai pampers.
Dia kata tak larat, setiap bulan asyik belanja pampers je.
Beribu gak la.

So, umi syorkan Abg Mi untuk pakai pampers.
Siap abg Mi pulak mintak umi orderkan untuk dia nanti.
hihi..

Hmm, habib sayang.
Setakat ni umi tengok ramai yg minat bila umi pakaikan cd ni kat Habib.
Kata ayah,
kalau permintaan dah ramai gini,
Ayah nak jadi reseller cd ni jugak.
Sekurangnya kita tolong jimat poket orang,
dan kita pun leh la jimat sikit-sikit.

Tapi,
buat masa ni,
komitmen ayah lebih tertumpu pada rumah baru kita.
Nak kena buat grill, cari perabot.
Sian ayah.
Mungkin untuk jadi reseller tu boleh, tapi bukan buat stok kat rumah la.
Kang nanti susah pulak, rumah pun sempit je.
huhu..

Ramai gak yg tanya umi,
apa kebaikan ber'cd' kat Habib ni.
Tak cerewet ke?
Ok ke?
Mahalnya!!

Itu antara soalan diorang
Tapi bg umi simple je jawapan umi.
Cloth Diapers ni memang cerewet bg org yg betul-betul malas.huhu
(Does'nt mean umi benar2 rajin tau! hoho)
Cd ni takde lah cerewet pun,
basuh pun dgn mesin je.
Nak lambak sampai 3 hari baru basuh pun boleh.
Sebab cd ni bukannya berkulat or pape.
Tengok warna warni tu pun dah tambah seronok ber'cd'.
Paling penting,
poket suami pun jimat dan berbaloi-baloi.
Jimat untuk 3 tahun tuu!
Alhamdulillah..

So, kalau bagi ayah,
memang itu yang terbaik sebab kulit baby pun tiada ruam lampin.
Kalau dari segi kesihatan jangka masa panjang,
lampin bayi ni baik untuk dalaman baby lelaki.
Yeah, itu kena tanya ayah. huhu..

Apa-apa pun,
umi memang suka pakaikan Habib cd ni.
Mesra alam dan sangat baik untuk kesihatan baby.
Dan kalau kat rumah,
Habib tak perlu pakai seluar pun takpe,
pakai cd je.
Dah nampak cam pakai seluar yg comel. hehe..

Oklah,
umi takleh lama-lama ni.
Umi nak kena tulis contact number kat flyers Imtiyaaz ayah pulak.
Banyak lagi tak settle ni.
Nanti kita story-mory lagi ye sayang.

Maka dengan rasminya diumumkan,
Habib is a full baby cloth diapers,
NO more pampers!
hehe..

Habib sayang,
kami sangat menyayangimu!!
Barakallahu fik, ya bunayya..



p/s : Tak sabar tunggu kopiah nama Habib siap yang umi beli dari Kak Rohani siap 23hb nanti. Nanti bolehlah Habib pakai masa hantar Ayah Qi fly gi France 3hb ni. hehe..



..Salam Sayang dari umi dan ayah..
 

Diari Hidup Anak-anak Ummi dan Ayah.. © 2008. Design By: SkinCorner